CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

YouTuber Daud Kim Ulang Perangai Lama, Tinggal Anak Dan Isteri

11-2-2022 09:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11097| Komen: 61|Original author: tatod


Nama YouTuber, Daud Kim yang berasal dari Korea ini mulai dikenali selepas video penghijrahannya memeluk agama Islam menjadi tular beberapa tahun yang lalu.

Ketika meniti populariti, Daud terpalit dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita. Dia mengakui perkara itu dan menjelaskan kejadian itu berlaku sebelum dia memeluk agama Islam.

Lebih mengejutkan, Daud juga mendedahkan hanya menggunakan agama Islam bagi meraih perhatian sedangkan hakikat sebenar dia tidak mempraktikkan ajaran agama itu dalam hidupnya. Bagaimanapun, dia berjanji akan bertaubat dan berubah.


Di TikTok, Ji.Yeon0, memuat naik sebuah video memaparkan YouTuber itu sedang berseronok dan berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab malam. Dia turut memuat naik gambar tangkap layar perbualan Daud Kim yang seolah-olah mengakui kekhilafannya itu.





Dia turut meletakkan paparan perbualan dengan Mashiro Lee, isteri kepada Daud yang mendedahkan sikap suaminya yang masih mengunjungi kelab malam untuk berfoya-foya.

Sementara itu, di Instagram, wanita berasal yang berasal dari Uzbekistan itu turut mendakwa dia membuat keputusan untuk berpisah dengan Daud kerana enggan terus bertahan dalam hubungan toksik. Bukan hanya kepercayaan Mashiro dikhianati, dia juga menjadi mangsa dera suaminya sendiri.

Sepanjang perkahwinan mereka, Daud bukan saja menyembunyikan status Mashiro sebagai isterinya tetapi juga menipu kononnya mereka sudah bercerai sedangkan hakikat sebenar mereka masih suami isteri.






Sebelum ini, Daud pernah mendedahkan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak namun meninggalkan mereka kerana ketika itu dia belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 

Bagaimanapun, dia melamar kembali isterinya dan melangsungkan pernikahan selepas Moshiro turut memeluk agama Islam. Pasangan itu baru saja menimang cahaya mata kedua pada Julai 2021. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 11-2-2022 10:02 PM
Ohh dah lama tak follow content dia. Sorang lg youtuber peluk islam Jay Palfrey tu nmpk genuine sikit
Quote Gomea 11-2-2022 10:03 PM
Sape pulak ni?
Quote ultra78 11-2-2022 10:23 PM
Gossip antarabangsa?
Quote eLiaD 11-2-2022 10:24 PM
at least he gives some good content at tiktok daud kim@jaehan9192

RiP
Quote sukacactus 11-2-2022 10:25 PM
Masa dia baru2 nak kenal islam tu ada gak tgk youtube dia, masa tu dia bujang lg
Quote uori 11-2-2022 10:37 PM
amboiiiii kau daud, penunggang agama sangattt
Quote she 11-2-2022 10:54 PM
Laaaa kau ni Daud

Malam tadi keluar YT suggest
Sebab macik tengah search cafe halal Seoul
Sekali keluar content dia
Naseb macik tak bukak tengok
Macik g tengok content pacik Morocco tu
Quote Thunderclouds 11-2-2022 10:59 PM
Masuk tvtigasuku kn mamat pn. Terus channel dia femes.
Quote kakikuDibibirmu 11-2-2022 11:01 PM
Dah sunat ke belum atau ada keju?
Quote _kelly 12-2-2022 01:20 AM
asalkan korea...
Quote Tembikaigoreng 12-2-2022 06:51 AM
Yang nie ngam ni jadi PU DAI and so on. Penunggang sebenar.
Quote Tembikaigoreng 12-2-2022 06:52 AM
Yang nie ngam ni jadi PU DAI and so on. Penunggang sebenar.
Quote krustykrab 12-2-2022 08:45 AM
Tah sapo2 la ni
Quote Minami2013 12-2-2022 08:56 AM
Dulu pernah follow juga dia ni. Teruk juga kontroversi yg 1st sampai tersenyap. Pas tu bangkit semula, dgn kisah dia kahwin. Sekali tipu jugak tu semua. Kalau betul, so masuk islam utk content dan viewer?
Quote nikaido 12-2-2022 08:59 AM
Tengok muka dah tau penunggang. Xsangka ramai juga forummer sini follower dia ya
Quote Suchi 12-2-2022 08:59 AM
Apa je tujuan dia masuk islam? Oh bini dia bukan islam gak ye? Yg org Uzbez tu bini dia ke atau org yg dedahkan tu? Ada bahasa arab sekali tu.

Quote gideoncross 12-2-2022 12:32 PM
Daud Kim ni lagi, last yr dh ada gossip yg sma psl dia ni. Lgi stu YTber Korean Muslim Rasheed Oh pun sma, d kta kn dh Murtad sbb pressure org2 kat sna yg x suka kat Muslimin dan Muslimah.
Quote gideoncross 12-2-2022 12:33 PM
nikaido replied at 12-2-2022 08:59 AM
Tengok muka dah tau penunggang. Xsangka ramai juga forummer sini follower dia ya

Aiol dh lama follow DK ni, Rasheed Oh pun tpi Rasheed dh Murtad. Ktanya sbb org2 kat sna punya presure onto Muslims.
Quote gideoncross 12-2-2022 12:33 PM
Minami2013 replied at 12-2-2022 08:56 AM
Dulu pernah follow juga dia ni. Teruk juga kontroversi yg 1st sampai tersenyap. Pas tu bangkit semul ...

Bukannya hri tu dh khwin btul2 ke dgn bini dia tu? Yg lpas controversy psl ada pompuan sorg tu pcahkn rhsia psl dia.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046230 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top