View: 9842|Reply: 59
|
YouTuber Daud Kim Ulang Perangai Lama, Tinggal Anak Dan Isteri
[Copy link]
|
|
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/11/164514wh597pn1ui46b979.png)
Nama YouTuber, Daud Kim yang berasal dari Korea ini mulai dikenali selepas video penghijrahannya memeluk agama Islam menjadi tular beberapa tahun yang lalu.
Ketika meniti populariti, Daud terpalit dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita. Dia mengakui perkara itu dan menjelaskan kejadian itu berlaku sebelum dia memeluk agama Islam.
Lebih mengejutkan, Daud juga mendedahkan hanya menggunakan agama Islam bagi meraih perhatian sedangkan hakikat sebenar dia tidak mempraktikkan ajaran agama itu dalam hidupnya. Bagaimanapun, dia berjanji akan bertaubat dan berubah.
Di TikTok, Ji.Yeon0, memuat naik sebuah video memaparkan YouTuber itu sedang berseronok dan berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab malam. Dia turut memuat naik gambar tangkap layar perbualan Daud Kim yang seolah-olah mengakui kekhilafannya itu.
Dia turut meletakkan paparan perbualan dengan Mashiro Lee, isteri kepada Daud yang mendedahkan sikap suaminya yang masih mengunjungi kelab malam untuk berfoya-foya.
Sementara itu, di Instagram, wanita berasal yang berasal dari Uzbekistan itu turut mendakwa dia membuat keputusan untuk berpisah dengan Daud kerana enggan terus bertahan dalam hubungan toksik. Bukan hanya kepercayaan Mashiro dikhianati, dia juga menjadi mangsa dera suaminya sendiri.
Sepanjang perkahwinan mereka, Daud bukan saja menyembunyikan status Mashiro sebagai isterinya tetapi juga menipu kononnya mereka sudah bercerai sedangkan hakikat sebenar mereka masih suami isteri.
Sebelum ini, Daud pernah mendedahkan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak namun meninggalkan mereka kerana ketika itu dia belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Bagaimanapun, dia melamar kembali isterinya dan melangsungkan pernikahan selepas Moshiro turut memeluk agama Islam. Pasangan itu baru saja menimang cahaya mata kedua pada Julai 2021. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ohh dah lama tak follow content dia. Sorang lg youtuber peluk islam Jay Palfrey tu nmpk genuine sikit |
|
|
|
|
|
|
|
at least he gives some good content at tiktok daud kim@jaehan9192
RiP![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dia baru2 nak kenal islam tu ada gak tgk youtube dia, masa tu dia bujang lg |
|
|
|
|
|
|
|
amboiiiii kau daud, penunggang agama sangattt ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa kau ni Daud
Malam tadi keluar YT suggest
Sebab macik tengah search cafe halal Seoul
Sekali keluar content dia
Naseb macik tak bukak tengok
Macik g tengok content pacik Morocco tu |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk tvtigasuku kn mamat pn. Terus channel dia femes. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sunat ke belum atau ada keju?![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Yang nie ngam ni jadi PU DAI and so on. Penunggang sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang nie ngam ni jadi PU DAI and so on. Penunggang sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah follow juga dia ni. Teruk juga kontroversi yg 1st sampai tersenyap. Pas tu bangkit semula, dgn kisah dia kahwin. Sekali tipu jugak tu semua. Kalau betul, so masuk islam utk content dan viewer? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok muka dah tau penunggang. Xsangka ramai juga forummer sini follower dia ya |
|
|
|
|
|
|
|
Apa je tujuan dia masuk islam? Oh bini dia bukan islam gak ye? Yg org Uzbez tu bini dia ke atau org yg dedahkan tu? Ada bahasa arab sekali tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Daud Kim ni lagi, last yr dh ada gossip yg sma psl dia ni. Lgi stu YTber Korean Muslim Rasheed Oh pun sma, d kta kn dh Murtad sbb pressure org2 kat sna yg x suka kat Muslimin dan Muslimah. |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 12-2-2022 08:59 AM
Tengok muka dah tau penunggang. Xsangka ramai juga forummer sini follower dia ya
Aiol dh lama follow DK ni, Rasheed Oh pun tpi Rasheed dh Murtad. Ktanya sbb org2 kat sna punya presure onto Muslims. |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 12-2-2022 08:56 AM
Dulu pernah follow juga dia ni. Teruk juga kontroversi yg 1st sampai tersenyap. Pas tu bangkit semul ...
Bukannya hri tu dh khwin btul2 ke dgn bini dia tu? Yg lpas controversy psl ada pompuan sorg tu pcahkn rhsia psl dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|