CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejatuhan Restoran Mamak Akan Cetus Kesan Domino Perniagaan Lain

11-2-2022 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4219| Komen: 63

Dalam menggesa kerajaan menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing, persatuan restoran memberi amaran bahawa kejatuhan perniagaan mereka akan memberi kesan sama kepada perniagaan lain yang saling bergantung.


Kira-kira 2,000 daripada 12,000 ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) terpaksa menutup operasi perniagaan ketika pandemik Covid-19 disebabkan kekurangan tenaga kerja yang menjadi isu utama, menurut Presidennya Jawahar Ali Taib Khan.

Sementara itu, bilangan restoran India di seluruh negara menurun hampir 50 peratus dalam tempoh dua tahun lepas daripada lebih 2,000 kepada kira-kira 1,000 ketika ini disebabkan faktor seperti kekurangan pekerja dan peningkatan kos bahan mentah dan sewa.


Gambar hiasan/Utusan


Jawahar berkata, kejatuhan perniagaan restoran Mamak akan mencetuskan kesan berantai dan menyebabkan kejatuhan perniagaan yang berkaitan.

“Industri restoran Mamak tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang boleh berdiri dengan sendiri. Jika ia runtuh, perniagaan lain seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kita peroleh bekalan ikan, ayam, ais dan barangan lain juga akan terjejas,” katanya kepada FMT.

Ketika pandemik ramai pekerja asing dalam industri tidak dapat kembali bekerja di Malaysia selepas permit kerja mereka tamat. Justeru banyak restoran Mamak beroperasi dengan tenaga kerja yang berkurangan, terutamanya kerana terdapat pembekuan pengambilan pekerja baharu.

Presiden Persatuan Pemilik Restoran India (PRIMAS), J Suresh bersetuju bahawa perkembangan sektor restoran yang perlahan memberi kesan domino kepada perniagaan lain.

“Sebagai contoh, ladang ayam dan kambing serta kilang yang membekalkan bahan mentah seperti serbuk kari dan minyak akan turut terkesan,” katanya kepada FMT.

Katanya, selain kekurangan tenaga kerja, banyak restoran India yang bergelut untuk terus hidup terpaksa berhadapan dengan peningkatan kos bahan mentah, sewa, utiliti dan bayaran balik pinjaman.

“Ramai ahli PRIMAS yang mempunyai banyak restoran terpaksa menutup beberapa cawangan mereka kerana kekurangan tenaga buruh,” katanya.

Jawahar berkata, mereka telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia mengenai keperluan membawa masuk pekerja asing, bagaimanapun mereka diberitahu supaya “bersabar”.

“Kami tidak tahu berapa lama lagi kami perlu menunggu, tetapi kami berharap ia akan selesai lebih cepat,” katanya.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 11-2-2022 12:43 PM
Omputih kata Economic Domino effect, satu terjejas yang lain pun sedikit sebanyak bakal terjejas sama
Quote prettyuglybabe 11-2-2022 12:51 PM
terkesan tapi takde la besar sangat pun..
rempah-rempah ikan ayam segala tu masih je ada pembeli..
lagi pun rempah dorang bukannya 100% guna rempah buatan malaysia kan..
kelly kalau bercerita boleh runtuh dunia..
Quote monreyes 11-2-2022 01:07 PM
propa je..pehal nak petik orang lain
Quote makadek 11-2-2022 01:08 PM
Propa la natam koling dah kaya raya pn kalut
Ko ugut ke apa...elokla jatuh pun..aku pn dah Tak minat nk masuk kedai nasik kandaq korang
Quote mojarean_X 11-2-2022 01:09 PM
Kesihatan rakyat Malaysia akan lebih bertambah baik tanpa restoran mamak
Quote iman_kasih 11-2-2022 01:10 PM
Mamak ni pilihan terakhir kalau nak pi makan. Local ramai yg takde keje..hire je la depa.  Apasal la sibuk sangat nak jugak import pekerja dari sinun.
Quote angelofish 11-2-2022 01:17 PM
ambik pekerja asing.bilion bilion ringgit mengalir keluar
Quote Skuau 11-2-2022 01:17 PM
Edited by Skuau at 11-2-2022 01:19 PM

buat pekerja cam kuli..kuli 'balas' kat customer(pedajal majikan)bior...customer lari...tunggu masa jer...pekerja balik kampung..la ni depa nk amik orng baru nak buat kuli balik. .begitula seterusnya...sampai mamak melingkup...
Quote orkid_amani 11-2-2022 01:39 PM
Mamak Hindu banyak menipu menega..
Pasai pa mamak xambik staff mamak gak Mai reja dgn depa?
Pasai pa kena import dari India?
Quote bulalof 11-2-2022 01:42 PM
mcm la rakyat malaysia ni takleh hidup tanpa makanan dr restoran mamak!
Quote Mulotkoyak 11-2-2022 01:43 PM
Baguslah bekalan akan senang diperolehi dan harga akan turun laa(kalo kerajaan nak turun)…mamak byk pun bukan ny bersih. Harga mahal. Sama je ngn kedai melayu. Eloklah masak sendiri. Permintaan brg pun akan berkurang.
Quote tungkai 11-2-2022 02:09 PM
mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia mengenai keperluan membawa masuk pekerja asing, bagaimanapun mereka diberitahu supaya “bersabar”.


Tu key point dia..Toksah nak membelit..
Quote honeybee1802 11-2-2022 02:13 PM
Restoren mamak mungkin bungkus but other food operators mungkin bangkit...so demand utk raw material tu ada...
Quote msdummy.2018 11-2-2022 02:15 PM
Kesan domino celah mana? Yg kerja kedai mamak ni pun bnyk bangla jerrrr...
Quote che-cikL 11-2-2022 02:40 PM
Saya respect ada seorang lelaki Melayu kerja di kedai Mamak berdekatan rumah saya. Saya baru nampak dia semalam, tapi suami saya kata dah lama juga dia nampak, dlm 2, 3 bulan kebelakangan ini.

Quote fish_o7 11-2-2022 02:47 PM
baguslaa lebih byk restoran mamak tutup, kurang demand... turun laa harga
Quote ninja boy 11-2-2022 03:13 PM
Kedai mamak tak kedekut nasi 1 pinggan kasi penuh,  kedai lain bercatu nasi acuan mangkuk kecil
Quote batu kikir 11-2-2022 04:58 PM
makadek replied at 11-2-2022 01:08 PM
Propa la natam koling dah kaya raya pn kalut
Ko ugut ke apa...elokla jatuh pun..aku pn dah Tak mina ...

Hari tu aku makan nasi kandaq
Lauk.....bawal kari seketul,  telur dadar sehiris,  telur sotong adalah satu sudu, sayur sikit. Minum barli ais.  Harga kena bayar RM19.90. Mencekik darah betol mamak ni.
Quote KamikuP 11-2-2022 05:02 PM
Mohon ajak mamak octafx bergabung pasti restoran mamak mekar kembali

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060248 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top