Singapura: Seorang lelaki menumbuk pembantu rumahnya hanya kerana mangsa silap memotong makanan di samping berang dilabel sebagai 'kuat makan'.
Kejadian itu menyebabkan mangsa patah tulang selepas tiga kali ditumbuk di muka. Suriya Krishnan, 25, dihukum penjara enam bulan pada Selasa dan diperintahkan membayar denda sebanyak 8,500 dolar Singapura (kira-kira RM 26,400) kepada mangsa. Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja pada pembantu rumah.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menendang kepala, bahu dan paha mangsa. Mahkamah diberitahu pembantu rumah itu iaitu warga Myanmar berusia 27 tahun, digajikan oleh kakak kepada Suriya. Lelaki itu tinggal bersama-sama kakaknya, ibu bapa mereka dan mangsa di sebuah flat di Hougang. Media Singapura melaporkan kejadian berlaku pada 29 Mei 2020 ketika keluarga Suriya meraikan ulang tahun bapanya di flat itu. Sebelum sambutan bermula, Suriya minum 750 mililiter minuman keras sehingga mabuk. Ibu Suriya kemudian meminta mangsa untuk memotongkan jeli buat Suriya. Tertuduh juga meminta wanita itu menyediakan makanan. Ketika itu, mangsa mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud Suriya banyak makan selain tidak memotong jeli mengikut cara yang dimahukan tertuduh. Ia menyebabkan lelaki itu berang dan menumbuk muka pembantu rumah itu sebanyak tiga kali. Mangsa mendapatkan rawatan dan didapati mengalami keretakan di sekitar bahagian matanya selain lebam serta pendarahan dan sakit pada mata. Hakim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan tambahan sebulan penjara terhadap lelaki itu, jika dia gagal membayar pampasan kepada mangsa. -CARI Sumber: Harian Metro
|
.HannahMontana. replied at 11-2-2022 04:39 PM
tumbuk saja
indon bukan boleh diberi muka
lemak_masin replied at 11-2-2022 04:37 PM
Yang org gaji tu pun mulut takde insuran.. padan ler muka jugak..
ADVERTISEMENT