CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 9

Orang Gaji Ditumbuk Sampai Retak Dan Alami Pendarahan Mata

[Copy link]
Post time 11-2-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Singapura: Seorang lelaki menumbuk pembantu rumahnya hanya kerana mangsa silap memotong makanan di samping berang dilabel sebagai 'kuat makan'.


Kejadian itu menyebabkan mangsa patah tulang selepas tiga kali ditumbuk di muka.


Suriya Krishnan, 25, dihukum penjara enam bulan pada Selasa dan diperintahkan membayar denda sebanyak 8,500 dolar Singapura (kira-kira RM 26,400) kepada mangsa.




Gambar Hiasan




Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja pada pembantu rumah.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menendang kepala, bahu dan paha mangsa.


Mahkamah diberitahu pembantu rumah itu iaitu warga Myanmar berusia 27 tahun, digajikan oleh kakak kepada Suriya.


Lelaki itu tinggal bersama-sama kakaknya, ibu bapa mereka dan mangsa di sebuah flat di Hougang.


Media Singapura melaporkan kejadian berlaku pada 29 Mei 2020 ketika keluarga Suriya meraikan ulang tahun bapanya di flat itu.


Sebelum sambutan bermula, Suriya minum 750 mililiter minuman keras sehingga mabuk.


Ibu Suriya kemudian meminta mangsa untuk memotongkan jeli buat Suriya.


Tertuduh juga meminta wanita itu menyediakan makanan.


Ketika itu, mangsa mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud Suriya banyak makan selain tidak memotong jeli mengikut cara yang dimahukan tertuduh.


Ia menyebabkan lelaki itu berang dan menumbuk muka pembantu rumah itu sebanyak tiga kali.


Mangsa mendapatkan rawatan dan didapati mengalami keretakan di sekitar bahagian matanya selain lebam serta pendarahan dan sakit pada mata.


Hakim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan tambahan sebulan penjara terhadap lelaki itu, jika dia gagal membayar pampasan kepada mangsa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2022 12:02 PM | Show all posts

Singapura: Seorang lelaki menumbuk pembantu rumahnya hanya kerana mangsa silap memotong makanan di samping berang dilabel sebagai 'kuat makan'.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 12:58 PM | Show all posts
Kalau macam tu perangai malanglah siapa yang bakal jadi isterinya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:30 PM | Show all posts
Mesti badan beso ni.. kuat sentap
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang org gaji tu pun mulut takde insuran.. padan ler muka jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:39 PM | Show all posts
tumbuk saja

indon bukan boleh diberi muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
@lemak_masin Mungkin maid tu dh tahu hal d sbalik tabir sbb point kat sini c pnumbuk jnis teguk air tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
.HannahMontana. replied at 11-2-2022 04:39 PM
tumbuk saja

indon bukan boleh diberi muka

Org Myanmar lah cheqqqq, tu ada kat dlm article.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
lemak_masin replied at 11-2-2022 04:37 PM
Yang org gaji tu pun mulut takde insuran.. padan ler muka jugak..

Mungkin c maid lgi tahu prangai bliau behind closed doors.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh..sini malesia mari la...Langkawi 'kita punya' la..-rohingya myanmar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.073952 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list