CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hidup Lebih Lama Jika Minum 3 Cawan Kopi Sehari

11-2-2022 06:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4385| Komen: 70

Satu kajian terbaharu mendapati tabiat minum kopi sehingga tiga cawan sehari dapat membantu memanjangkan hayat individu, lapor portal berita MailOnline.


Kajian yang mengambil masa selama 11 tahun itu turut mendedahkan bahawa individu mengamalkan tabiat itu juga adalah 12 peratus kurang berisiko untuk mati.


Gambar hiasan

Mereka juga satu perlima kurang berisiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular atau menderita angin ahmar.

Menurut salah seorang penulis kajian tersebut dari Universiti Queen Mary London, Dr Steffen Petersen, hasil kajian itu menunjukkan pengambilan kopi dalam kadar sederhana tidak membahayakan kardiovaskular, bahkan berkemungkinan memberi manfaat.


“Setahu kami, ini merupakan kajian terbesar setakat ini yang memberi tumpuan kepada kesan kardiovaskular daripada pengambilan kopi,” jelasnya.

Kajian tersebut melibatkan peserta yang berusia purata 56 tahun serta tidak mempunyai penyakit jantung ketika kajian bermula. Kesemua perserta dipantau selama 11 tahun.

Dalam kalangan peserta, sebanyak 22 peratus terdiri daripada bukan peminum kopi, manakala 58 peratus minum sehingga tiga cawan sehari.

Hasilnya menunjukkan bahawa peserta yang minum antara setengah hingga tiga cawan kopi sehari adalah 12 peratus kurang berisiko untuk mati berbanding bukan peminat kopi.

Selain itu, 17 peratus peminum kopi juga kurang berisiko untuk mati akibat penyakit berkaitan kardiovaskular, manakala 21 peratus lagi kurang berisiko diserang angin ahmar. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 11-2-2022 07:02 AM
Secawan sehari cukup la utk aku
Aku kalau minum kopi ptg, mlm dah xleh tido
Quote jejaka_hensem 11-2-2022 07:11 AM
Iols minum kopi moccona dulu,xde letak gula.kadang2 nescafe,wonda sume tu
Dah lama tu,iols perasan kulit jadi mcm kusam gitu.
Skrg dah stop minum segala jenis kopi,minum air kosong je.
Quote Kitty_catz 11-2-2022 08:31 AM
kut 4 cawan? terus tak mati ke acaner?
Quote hayrin86 11-2-2022 08:41 AM
sukacactus replied at 11-2-2022 07:02 AM
Secawan sehari cukup la utk aku
Aku kalau minum kopi ptg, mlm dah xleh tido

Betul.. Petang hari baik minum Omega Plus termasuk campur oat..

Quote stinger987 11-2-2022 08:44 AM
Kitty_catz replied at 11-2-2022 08:31 AM
kut 4 cawan? terus tak mati ke acaner?

Mungkin Boleh stretch longer la umuq iteww kekdahnya....

Kahkahkahkahkah
Quote capiloton 11-2-2022 08:44 AM
Edited by capiloton at 11-2-2022 08:52 AM

tengah minum kopi dalam thermos.

minum kopi o 434, dan kopi o tenom,
semua black coffee tanpa gula.
sambil campur kayu tongkat ali 2,3 keping.

payah nak jumpa uncang kopi tanpa gula.

Quote Kitty_catz 11-2-2022 08:53 AM
capiloton replied at 11-2-2022 08:44 AM
tengah minum kopi dalam thermos.

minum kopi o 434, dan kopi o tenom,

so apa kegunaan tongkat ali nehh yg suke bebeno campo ayo kupi?
naik tak turun ke acaner?
Quote Kitty_catz 11-2-2022 08:54 AM
stinger987 replied at 11-2-2022 08:44 AM
Mungkin Boleh stretch longer la umuq iteww kekdahnya....

Kahkahkahkahkah

koseerrrr , takkan tak nak mati , lama mana nak idop?
Quote adm7 11-2-2022 08:54 AM
Tak dpt penyakit kardio tapi dapat penyakit lain
Quote Denco 11-2-2022 09:00 AM
aku pentegar kopi... tp sehari bole 2 kali minum je
Quote capiloton 11-2-2022 09:00 AM
Kitty_catz replied at 11-2-2022 08:53 AM
so apa kegunaan tongkat ali nehh yg suke bebeno campo ayo kupi?
naik tak turun ke acaner?

untuk menambah tenaga kasi cargas.
lagi pun herba pahit ni baguih untuk badan.
pahit itu obat.

adik mantap tu cuma salah satu benefit
Quote stinger987 11-2-2022 09:41 AM
Kitty_catz replied at 11-2-2022 08:54 AM
koseerrrr , takkan tak nak mati , lama mana nak idop?

Nabi pesan...mati iteww pasti...tapi jgn dimintak mintak akan mati iteww....atau beri gambaran seolah ko dah  takda purpose lagi utk  hidup...kerana sesungguhnya mati iteww sakit.....

Quote Gomea 11-2-2022 11:06 AM
capiloton replied at 11-2-2022 08:44 AM
tengah minum kopi dalam thermos.

minum kopi o 434, dan kopi o tenom,

Jenama white coffee ade yg uncang takde gula. Aik cheong pon ade yg uncang
Quote akusukaq 11-2-2022 11:15 AM
Aku minum matcha green tea je..memang nyaman sekali.
Quote iman_kasih 11-2-2022 11:42 AM
Bukan pemenat kopi.  Ambik bila perlu je. Lately, memang ambik tiap2 pagi nak siapkan keje2 yg membosankan..
Quote Artemesiaa 11-2-2022 11:45 AM
Syaratnya kena pure coffee tampa guna bukan yang instant atau para campuran tu semua.
Quote ultra78 11-2-2022 06:16 PM
Edited by ultra78 at 11-2-2022 06:17 PM

Aku pasti yang dimaksudkan bukan kopi 3 in 1 atau kopi seks di malaysia ni


22406075_1511824252241401_9220710584883397931_n.jpg

frontpage.jpg

10608751_568332466604837_359538957621878917_o.jpg

10368880_568332613271489_2892909462107176460_o.jpg

jkghcjutf.jpg
Quote .HannahMontana. 11-2-2022 06:21 PM
Aku bagi petua kalau ko nak cantik dengan kulit cantik walau ko xputih

ko elak kan kopi

klaau ko sangkak sangat pun ko minum sebulan sekali

seminggu sekali ke

2 minggu sekali ke

tp hari-hari consume kopi mmg ko xkan jelita

nak cantik kena banyak pantang makan dan minum

nak happy ko bedal lah apa sahaja

nak jadi happy xde syarat ketat

nak cantik mmg ada syarat ketat
Quote Skuau 11-2-2022 06:39 PM
doktor bgtau jgn minum kopi bnyk..boleh bg tekanan darah naik.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.074298 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top