Sebutir berlian hitam yang diperbuat daripada meteorit di London telah dilelong di Firma Lelongan Sotheby's pada harga £3.16 juta (RM17.90 juta), Rabu lalu.
Petikan laporan dari Sinar, berlian potongan terbesar di dunia itu memiliki berat 555.55 karat dan diperbuat daripada meteorit yang melanggar bumi lebih 2.6 bilion tahun lalu. Berlian hitam itu ditemui di Brazil dan Republik Afrika Tengah. Ada hipotesis mendakwa ia terbentuk di tapak hentaman meteorit besar yang jatuh ke bumi suatu ketika dahulu. Berlian hitam ini dikatakan salah satu berlian paling sukar untuk dipotong dan ia tidak pernah ditunjukkan kepada umum lebih 19 tahun lalu oleh pemilik asal yang namanya tidak mahu didedahkan.
Batu permata itu dikenali sebagai Enigma, tetapi ia bukan batu permata yang dikatakan berkualiti tinggi, namun menjadi popular sejak kebelakangan ini. Ada sesiapa nak beli meteorit? - CARI |
Tembikaigoreng replied at 10-2-2022 08:07 AM
Pehhhh enigma....kat shopee pun skrg bnyk betul jual Batu² macam nie Meteorite lah apalah...
Dwdrum replied at 11-2-2022 09:03 AM
Batu meteorite memang sudah lama di guna kan untuk jewelry since 3000bce...
ADVERTISEMENT