Tiada siapa sangka dengan hanya menyimpan duit syiling selama tiga tahun, seorang wanita mampu menyimpan sebanyak 65 juta rupiah (sekitar RM18,911.85). Wanita berasal dari wilayah Kalimantan Barat, Indonesia itu mendapat perhatian netizen selepas kisahnya menjadi tular. Peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit sesuai digunakan bagi menggambarkan ‘kegigihan’ wanita ini. Sejujurnya, bukan mudah untuk kita konsisten dalam menabung, lagi-lagi duit syiling.
Sumber: SambasInformasi Melalui perkongsian SambasInformasi di Instagram, kelihatan foto wanita itu bergambar bersama duit syiling yang disimpannya sebelum membungkus ke dalam plastik. Kelihatan beberapa individu lain turut membantunya dalam mengira duit syiling tersebut kerana terlalu banyak yang perlu dikira. Menurut wanita itu, duit simpanan tersebut akan digunakannya bagi menunaikan umrah. "Alhamdulillah, hasil penat lelah saya menabung selama tiga tahun, dapat mengumpul sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85) Bolehlah saya pergi ke umrah selepas ini." Berita berkenaan wanita itu telah meraih perhatian netizen dan rata-rata turut mendoakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan serta tercapai impiannya untuk menunaikan umrah. - CARI
|
ADVERTISEMENT