CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakam Video Potong Alat Kemaluan Sendiri

9-2-2022 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1994| Komen: 18

London: Tujuh lelaki ditahan selepas didapati merakam video yang memaparkan diri mereka dikembiri untuk disiarkan dalam ‘dark web’ yang diiklankan di Twitter.

Lapor Daily Star, beberapa ahli kumpulan ajaran sesat didakwa melakukan prosedur mengerikan itu di sebuah ruang bawah tanah pangsapuri di Finsbury Park, London Utara.

Mereka berbuat demikian bagi membolehkan video dirakam distrim dalam perkhidmatan berbayar bagi setiap tontonan. 


Foto: Daily Star

Detektif dari pasukan penyiasat menghabiskan masa tiga hari menggeledah pangsapuri tersebut dalam operasi terhadap kumpulan kultus yang menggelar diri mereka sebagai nullos.


Seorang lelaki warga Norway berusia 44 tahun yang menetap di pangsapuri itu, ditahan kerana disyaki berkomplot sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Suspek dipercayai mengendalikan sebuah syarikat penerbitan filem dan menjalani prosedur itu bersama enam individu lain yang ditahan.

Berdasarkan laporan The Sun, kumpulan itu bertemu dalam satu forum dalam talian yang diadakan untuk golongan lelaki dikenali sebagai sida.

Golongan sida merupakan lelaki yang sudah membuang alat kemaluannya.

Sementara itu, jurucakap polis Metropolitan mengesahkan lelaki dalam lingkungan 40-an yang ditahan berhubung siasatan itu, kini sudah diikat jamin, termasuk enam yang ditahan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 9-2-2022 05:55 PM
Tak mati ke derang ni potong kemaluan sendiri?
Quote Artemesiaa 9-2-2022 06:18 PM
Nak jadi sida nak serve maharaja mana
Quote Normabaru 9-2-2022 07:00 PM
Dunia makin gilaaa
Quote makadek 9-2-2022 07:02 PM
Reti pn jaga konek sendiri
Quote batu kikir 9-2-2022 07:18 PM
Kehidupan yg membosankan. No p***is.......you are useless.
Quote beloomberk 10-2-2022 12:30 AM
Ceviche..
Quote kaoru44 10-2-2022 09:05 AM
Pelik2 lah..mmg dh nekad xnak guna la tu..[em:12:]
Quote insulin 10-2-2022 09:12 AM
kaoru44 replied at 10-2-2022 09:05 AM
Pelik2 lah..mmg dh nekad xnak guna la tu..[em:12:]

Bolehlah didermakan kepada orang lain yang nak guna, kan?
Quote hyie 10-2-2022 09:23 AM
teringat dulu ada lelaki muda kat Jepun potong ciknek heshe, pastu suruh sorang cef masak dan hidangkan kat 2 orang pelanggan kedai makan tu. Pastu pelanggan tu cakap sedap dan tanya ada lagi tak Ala2 cef tu masak persis masak hotdog la kan yihhhhhh
Quote bulalof 10-2-2022 09:34 AM
this is gore!
Quote babelina 10-2-2022 11:07 AM
nie kira bersunat la..
Quote shark_eow7 10-2-2022 11:45 AM
seram betul jaran makin mengarutt.
Quote kaoru44 10-2-2022 01:08 PM
insulin replied at 10-2-2022 09:12 AM
Bolehlah didermakan kepada orang lain yang nak guna, kan?

Nak derma apanya dh potong kecik2 kot..kalau ikut gmbr blur atas tu la..makin gila manusia sekarang..
Quote batmana 10-2-2022 01:14 PM
view tu bape sen je klu dpt bayaran

aku rasa diorg berlakon aja, pstu kantul bnda tu fake, org report kt polis
psl darkweb ni ikutkn mmgla tkkn bole trace bagai, kecuali penerima bayaran tu bodoh piang terima bankin online dari bank biasa, bukan gune bitcoin..

bitcoin la lubuk segala kegelapan aktiviti, dari terrorist smpaila dadah , polis payah nk trace
Quote fifie_olin 10-2-2022 02:43 PM
makin nazak manusia akhir zaman
Quote copy_paste 10-2-2022 02:54 PM
darkness replied at 9-2-2022 05:55 PM
Tak mati ke derang ni potong kemaluan sendiri?

tapi mati,cuma hidup x berguna lagi,
jawatan sida2 pun dah lama pupus,
Quote darkness 11-2-2022 05:11 PM
copy_paste replied at 10-2-2022 02:54 PM
tapi mati,cuma hidup x berguna lagi,
jawatan sida2 pun dah lama pupus,

Oooohhh ingatkan mati
Quote Jitu 11-2-2022 05:21 PM
mcm filem horror pulak dah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.106623 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top