View: 1258|Reply: 18
|
Rakam Video Potong Alat Kemaluan Sendiri
[Copy link]
|
|
London: Tujuh lelaki ditahan selepas didapati merakam video yang memaparkan diri mereka dikembiri untuk disiarkan dalam ‘dark web’ yang diiklankan di Twitter.
Lapor Daily Star, beberapa ahli kumpulan ajaran sesat didakwa melakukan prosedur mengerikan itu di sebuah ruang bawah tanah pangsapuri di Finsbury Park, London Utara.
Mereka berbuat demikian bagi membolehkan video dirakam distrim dalam perkhidmatan berbayar bagi setiap tontonan.
Foto: Daily Star
Detektif dari pasukan penyiasat menghabiskan masa tiga hari menggeledah pangsapuri tersebut dalam operasi terhadap kumpulan kultus yang menggelar diri mereka sebagai nullos.
Seorang lelaki warga Norway berusia 44 tahun yang menetap di pangsapuri itu, ditahan kerana disyaki berkomplot sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Suspek dipercayai mengendalikan sebuah syarikat penerbitan filem dan menjalani prosedur itu bersama enam individu lain yang ditahan.
Berdasarkan laporan The Sun, kumpulan itu bertemu dalam satu forum dalam talian yang diadakan untuk golongan lelaki dikenali sebagai sida.
Golongan sida merupakan lelaki yang sudah membuang alat kemaluannya.
Sementara itu, jurucakap polis Metropolitan mengesahkan lelaki dalam lingkungan 40-an yang ditahan berhubung siasatan itu, kini sudah diikat jamin, termasuk enam yang ditahan. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mati ke derang ni potong kemaluan sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jadi sida nak serve maharaja mana |
|
|
|
|
|
|
|
Reti pn jaga konek sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupan yg membosankan. No p***is.......you are useless. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 lah..mmg dh nekad xnak guna la tu..[em:12:] |
|
|
|
|
|
|
|
kaoru44 replied at 10-2-2022 09:05 AM
Pelik2 lah..mmg dh nekad xnak guna la tu..[em:12:]
Bolehlah didermakan kepada orang lain yang nak guna, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
teringat dulu ada lelaki muda kat Jepun potong ciknek heshe, pastu suruh sorang cef masak dan hidangkan kat 2 orang pelanggan kedai makan tu. Pastu pelanggan tu cakap sedap dan tanya ada lagi tak Ala2 cef tu masak persis masak hotdog la kan yihhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
seram betul jaran makin mengarutt. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 10-2-2022 09:12 AM
Bolehlah didermakan kepada orang lain yang nak guna, kan?
Nak derma apanya dh potong kecik2 kot..kalau ikut gmbr blur atas tu la..makin gila manusia sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
view tu bape sen je klu dpt bayaran
aku rasa diorg berlakon aja, pstu kantul bnda tu fake, org report kt polis
psl darkweb ni ikutkn mmgla tkkn bole trace bagai, kecuali penerima bayaran tu bodoh piang terima bankin online dari bank biasa, bukan gune bitcoin..
bitcoin la lubuk segala kegelapan aktiviti, dari terrorist smpaila dadah , polis payah nk trace |
|
|
|
|
|
|
|
makin nazak manusia akhir zaman |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mati,cuma hidup x berguna lagi,
jawatan sida2 pun dah lama pupus,
|
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 10-2-2022 02:54 PM
tapi mati,cuma hidup x berguna lagi,
jawatan sida2 pun dah lama pupus,
Oooohhh ingatkan mati |
|
|
|
|
|
|
|
mcm filem horror pulak dah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|