|
Kemaman: Polis mengesahkan bayi lelaki yang dipercayai mati ditikam ibunya semalam, mempunyai beberapa kesan kecederaan lain pada badan.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penemuan berkenaan dikenal pasti hasil bedah siasat terhadap bayi yang seberat 2.49 kilogram. Bagaimanapun, katanya, polis masih menyiasat sama ada kesan itu angkara perbuatan ibunya yang berusia 15 tahun atau kecederaan semula jadi ketika proses kelahiran. “Selain satu tikaman di dada, ada beberapa kesan kecederaan lain ditemukan tetapi siasatan masih dilakukan. Polis turut merampas satu objek tajam yang berlumuran darah di lokasi kejadian yang disyaki digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya katanya kepada pemberita, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Hanyan berkata, suspek yang keciciran pelajaran sejak beberapa tahun lalu turut membuat laporan polis dirogol teman lelakinya yang berusia dalam lingkungan 20-an. Katanya, lelaki berkenaan adalah rakan sekampung dan didakwa merogol mangsa tahun lalu. “Usaha memburu kini giat dilakukan dan kita minta lelaki itu tampil menyerah diri bagi membantu siasatan,” katanya. – CARI Sumber: Utusan Online
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.220986 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.