View: 1135|Reply: 11
|
Bayi Mati Ditikam Ibu Ada Beberapa Kecederaan Lain
[Copy link]
|
|
Kemaman: Polis mengesahkan bayi lelaki yang dipercayai mati ditikam ibunya semalam, mempunyai beberapa kesan kecederaan lain pada badan.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penemuan berkenaan dikenal pasti hasil bedah siasat terhadap bayi yang seberat 2.49 kilogram.
Bagaimanapun, katanya, polis masih menyiasat sama ada kesan itu angkara perbuatan ibunya yang berusia 15 tahun atau kecederaan semula jadi ketika proses kelahiran.
Foto: Utusan Online
“Selain satu tikaman di dada, ada beberapa kesan kecederaan lain ditemukan tetapi siasatan masih dilakukan. Polis turut merampas satu objek tajam yang berlumuran darah di lokasi kejadian yang disyaki digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya katanya kepada pemberita, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Hanyan berkata, suspek yang keciciran pelajaran sejak beberapa tahun lalu turut membuat laporan polis dirogol teman lelakinya yang berusia dalam lingkungan 20-an.
Katanya, lelaki berkenaan adalah rakan sekampung dan didakwa merogol mangsa tahun lalu.
“Usaha memburu kini giat dilakukan dan kita minta lelaki itu tampil menyerah diri bagi membantu siasatan,” katanya. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Every paragraph aku baca, aku semakin terkejut
Bayi ditikam, ibu 15 tahun, boyfriend 20an.
Adoi laaaaaa (cry) |
|
|
|
|
|
|
|
Gila eh!
Umur 15thn
Keciciran pelajaran
Dirogol bf 20-an
Mana mak bapa??? Kenapa tak dibantu anak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
post partum depression? sbb dia dirogol kan? jadi mcm dendam.. kalau suka sama suka, geram sbb sang lelaki lepas tangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Knp iolss rasa dia bunuh baby dia sbb baby dia cacat. Sejak smlm lg nak komen tp mungkin lah teori iolss salah. Ni polis sahkan baby tu ada kecederaan lain. Agaknya dia paksa baby tu keluar dgn rentap baby tu kot. Sbb kalau dia tak terima baby tu dia takkan maklumkan kat kawan dia yg dia nak bersalin |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian masih remaja akibat silap langkah tak fikir panjang merana seumur hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
I kesian dgn mak dia yg 15thn tu. Yg patut mati is mak bapak budak 15thn tu sbb beranak lepas tu biarkan ank tu terkapai2 smpai pelajaran x ada, kena rogol. Apa la nasib budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian 15 tahun lebih kurang baya2 anak iols je.
Hidup terbiar sampai keciciran sekolah,mak pak pun xtau mana.
Sat gi balik2 duk highlight pasal tok nenek plak mcm budak yg mencuri kat mesjid tu langsung tak sebut pasal mak pak dia. Semua laa si datuk kena jawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia...
Mak ayah tak pantau @ terlalu open itu yg jd gitu. Staff ai dulu dua tiga org budak2 gini siap ada yg ada anak pun. Baik2 diarg. Tp bila kita letak kepercayaan & tak pantau hancur. Mula le buat perangai, curi duit sale & ambil tak ambil customers sesuka hati.
So ai assume budak ni mmg mak ayah dia biar je sendiri. Mungkin deols rasa anak dah besar. Dia pun nak bersalin bgth pd rakan.... Means disitu kawan yg lg rapat dgn dia bkn family |
|
|
|
|
|
|
|
Satu kes membongkar kes yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
suspek yang keciciran pelajaran sejak beberapa tahun lalu turut membuat laporan polis dirogol teman lelakinya yang berusia dalam lingkungan 20-an
dh lama tak pegi sekolah
ada bf, mungkin dh pregnant
bf tak nak bertanggunjwb
Alahaiii anak.. bdk2 umo 15 tahun keliling aku
sibuk tukar2 poster KPop |
|
|
|
|
|
|
| |
|