|
Video tular memaparkan pemain bola pasukan West Ham, Kurt Zouma yang menyepak seekor kucing ternyata menimbulkan kemarahan masyarakat di seluruh dunia.
Ketika video itu masih hangat diperkatakan, tular pula satu lagi video kekejaman haiwan yang dipercayai berlaku di Malaysia. Dalam satu video yang dikongsi ke aplikasi TikTok, seorang lelaki dipercayai tergamak memberikan dadah kepada seekor monyet sehingga haiwan tidak berdosa itu kelihatan 'lalok' dan khayal. Dalam video berkenaan, monyet itu kelihatan berjalan dipercayai di kawasan taman dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum rebah ke atas jalan, dipercayai kerana sedang khayal.
Video tular itu bagaimanapun 'lesap' daripada aplikasi TikTok sejurus ia menerima kecaman, sejak Selasa. Netizen bagaimanapun bertindak lebih pantas apabila ada yang sudah memuat turun video tersebut sebelum ia dikongsi semula ke laman Twitter.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036389 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.