CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1124|Reply: 9

Monyet Lalok Diberi Dadah Cetus Kemarahan Ramai

[Copy link]
Post time 9-2-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Video tular memaparkan pemain bola pasukan West Ham, Kurt Zouma yang menyepak seekor kucing ternyata menimbulkan kemarahan masyarakat di seluruh dunia.


Ketika video itu masih hangat diperkatakan, tular pula satu lagi video kekejaman haiwan yang dipercayai berlaku di Malaysia.


Dalam satu video yang dikongsi ke aplikasi TikTok, seorang lelaki dipercayai tergamak memberikan dadah kepada seekor monyet sehingga haiwan tidak berdosa itu kelihatan 'lalok' dan khayal.








Dalam video berkenaan, monyet itu kelihatan berjalan dipercayai di kawasan taman dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum rebah ke atas jalan, dipercayai kerana sedang khayal.


Video tular itu bagaimanapun 'lesap' daripada aplikasi TikTok sejurus ia menerima kecaman, sejak Selasa.


Netizen bagaimanapun bertindak lebih pantas apabila ada yang sudah memuat turun video tersebut sebelum ia dikongsi semula ke laman Twitter.




  



"Ada orang beritahu, budak ni kasi (beri) monyet sejenis dadah. Dadah jenis bahaya yang kalau dapat kat orang, orang tak dengar muzik pun boleh sakit kepala.


"Idk (I don't know). Dorang cakap dadah ni jenis 5. Dan paling mengecewakan, dekat video ni, ada user yang anggap ni kelakar," tulis pengadu yang enggan dikenali.


Video itu dikongsi semula menerusi akaun Twitter @pedoqpop dan sehingga kini sudah meraih lebih 25,000 tontonan.


Rata-rata warga Twitter mengecam tindakan pelaku dalam video tersebut yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan.


"Kesianlah haiwan tu ya Allah. Dah tak tahu siapa haiwan siapa manusia sebab haiwan lagi berakal dari manusia sekarang ni.


"Nak nangis tengok. Jahatnya la mamat ni. Harap ada neraka khas untuk kamu.


"Walaupun aku tak suka monyet, tak terlintas dalam kepala otak aku nak buat macam ni.


"Semoga celakalah semua pendera haiwan atas muka bumi ini," tulis beberapa netizen.


Netizen turut menggesa agar kes tersebut disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kadar segera sehingga pelaku ditangkap dan dihukum atas perbuatan tersebut. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Patotlaa mesia kena bala.. yg menghuni bumi mesia ni kbnykkannya babiii..manusia dah tinnggal sedikir
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 04:57 PM | Show all posts
inilah bila mat pet taik dadah taik ganja taik syabu taik pil dah dapat main tiktok.... tunggulah kau kena cari.. skrg senang je nak trace orang bodoh macam ni.. dengan ID tiktok pun jelas ye..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 9-2-2022 05:05 PM

"ala..yg drng jadikan menate tu bahan kajian makmal..yg mcm2 drng buat kek menate tu..sampai jadi virus covid 19...elok sgt ke"???-Mat Pit Lalok
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 05:28 PM | Show all posts
apasal tapak tangan dia putih jari hitam gila?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 09:06 PM | Show all posts
sebiji e dlm 30 x salah...kaya budak tu....x lama kena kutip le
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
skuad cyber polis harap dpt trace la. trace org kutuk sultan boleh, xkn x boleh trace org ada dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 08:41 AM | Show all posts
Kesiannya monyet.. ko tunggulah nasib kau lepas ni.. sial punya prgai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2022 09:19 AM | Show all posts
pemain bola West Ham? apa dia buat di bumi Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 09:21 AM | Show all posts
Jahatnya perangai..
tak cukup lagi ke kemusnahan bencana alam dok berlaku sekarang ni.
Yang nak aniaya binatang xkacau kau dah kenapa setan!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.570996 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list