CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bebas Kanser, Masih Rasa Macam Mimpi - Elyana

9-2-2022 04:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1431| Komen: 4|Original author: Tatod


Disember lalu, penyanyi Elyana mengumumkan dia disahkan sudah pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat, namun wanita berusia 35 tahun sedar apa sahaja kemungkinan boleh terjadi.

Elyana yang popular dengan lagu Diriku Tapak Sulaiman itu bagaimanapun tidak mahu menjadikan berita baik berkenaan sebagai tiket untuk ambil mudah hal yang membabitkan kesihatannya.

Memetik laporan Berita Harian, dia masih perlu menjalani rawatan berkala yang masih berbaki empat kali sesi kimoterap sebelum melakukan proses transplan.


Lebih sedekad bergelut dengan penyakit itu, Elyana bersyukur kerana doanya selama ini dimakbulkan. 



"Laporan ujian terbaru menunjukkan sel kanser sudah tiada tetapi perlu berjaga-jaga kerana bila-bila masa sel kanser boleh merebak semula.

"Sejujurnya, sehingga kini saya masih rasa macam mimpi. Saya sakit dalam tempoh yang lama. Saya berdoa mohon kesembuhan tetapi tidak berlaku. Jadi, saya tanam dalam hati agar tidak berharap. Cukup sekadar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Sebelum ini, Elyana mengumumkan menghidap kanser limfoma selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza 2017. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brunesss 9-2-2022 04:07 PM
alhamdulillah so happy for herr
Quote Mamajiyem 9-2-2022 04:28 PM
Semoga elyana terus sihat.... insyaallah...
Quote hareeeesah 9-2-2022 10:04 PM
Alhamdulillah for her.. my close fam baru je cancer tu relapse sedih sgt dia sebab memikirkan anak kecik-kecik lagi.. mmg history family both parents ada cancer. Despite eating staying a healthy lifestyle bila Allah tu nak uji kita anytime je
Quote akuHavocczz 10-2-2022 09:13 AM
Ahamdulillah and happy for her girl crush zaman sekolah rendah ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055984 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top