CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Razak Dilarang 'Sentuh' Aset Bernilai AS$681 Juta

9-2-2022 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2230| Komen: 33

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya tidak mengalihkan, melupuskan, mengendalikan atau mengurangkan nilai asetnya di dalam negara sehingga pada nilai AS$681 juta.


Berdasarkan dokumen perintah yang diperoleh media, Najib juga tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi RM100,000 sebulan daripada akaunnya untuk perbelanjaan sara hidup biasa dan perbelanjaan guaman.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam prosiding Zoom, semalam selepas membenarkan permohonan injunksi mareva sebelah pihak yang dipohon oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).


Foto: Malaymail


Perintah itu berkuat kuasa sementara menunggu keputusan akhir kes saman sivil AS$8 bilion yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadap Najib dan bekas pengurusan kanan 1MDB.

Mengikut perintah itu, jika Najib memerlukan lebih daripada RM100,000 sebulan, beliau hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified yang bertindak sebagai plaintif pertama dan kelima dalam kes saman sivil berkenaan.


Jika tiada kebenaran bertulis diberikan, Najib boleh memohon dan mendapatkan kebenaran daripada mahkamah.

Perintah itu juga antara lain menyebut, Najib mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai AS$681 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.

Beliau hendaklah memberikan nilai, lokasi dan segala maklumat aset dan maklumat itu hendaklah disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada Peguam plaintif pertama dan kelima.

Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti asetnya di negara ini melebihi jumlah AS$681 juta, Najib boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada AS$681 juta.

Perintah terbabit juga menyatakan bahawa mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah di mana mereka boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.

Tuntutan saman AS$8 bilion itu adalah salah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih AS$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terbabit dalam skandal kewangan itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-2-2022 12:25 PM
gambar mask tu punnnnnn hahahahahaha alahaiii sian lahhh pakai mask gitu
Quote lo_la 9-2-2022 12:28 PM
Hahaha gambar Najib dgn mask lebih menarik perhatian. Mask budak ke dia pakai tu? Macam kecik je.
Quote R2D2 9-2-2022 12:40 PM
dah ada
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5021478
Quote dani-rox 9-2-2022 12:48 PM
Tertekan betol tokjib tak dpt sentuh duit sundirik~ yg jota2 tuh, sampai tak terurus mask nya
Quote Tembikaigoreng 9-2-2022 01:12 PM
Bapak banyak
Quote Cenderakirana9 9-2-2022 01:17 PM
Gambar tu hahahahahha
Quote doubleharmonic 9-2-2022 02:58 PM
apa noreen sangat ko ni tak reti pakai mask betul2 hah noreen?
Quote doubleharmonic 9-2-2022 02:59 PM
Quote doubleharmonic 9-2-2022 02:59 PM
Quote doubleharmonic 9-2-2022 03:00 PM
Quote doubleharmonic 9-2-2022 03:01 PM
Quote doubleharmonic 9-2-2022 03:01 PM
Quote doubleharmonic 9-2-2022 03:02 PM
Quote doubleharmonic 9-2-2022 03:03 PM
Quote doubleharmonic 9-2-2022 03:04 PM
Quote Lislizza 9-2-2022 03:06 PM
Tok jib memang tak reti pakai mask ke?
Tak Kan langsung tak tengok cermin.
Quote doubleharmonic 9-2-2022 03:06 PM
Quote zidane_ziege 9-2-2022 03:14 PM
hulur2 la sikit kat penjilat tegar tu..kesian diorg penat menjilat sampai mimpikan najib naik balik jd pm
Quote anakmak 9-2-2022 03:30 PM
Najib dilarang sentuh “aset” dia sendiri
Apa ada kesah
Kak mah kannnnn ada

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.057489 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top