Malang nasib kanak-kanak berusia dua tahun yang tertumpah gam pada seluruh wajahnya. Menurut perkongsian Pegawai Perubatan Oftalmologi, Dr Syaz menerusi Facebook Syed Abu Zulfadhli Al-qadrey, kanak-kanak itu dihantar ke jabatan kecemasan sebuah hospital sebelum diarahkan ke wad mata untuk pemeriksaan.
"Habis satu muka kena katanya, mata tak boleh buka langsung. Pertama kali ni dapat kes macam ni. Lantas pesakit diarahkan datang ke wad mata untuk diperiksa," imbasnya. Menurut Dr Syaz, ibu kanak-kanak tersebut secara tak sengaja menumpahkan gam berkenaan ke wajah anaknya ketika sedang mengemas rumah.
Bertindak pantas mencuci kesan gam berkenaan, ia bagaimanapun gagal dihilangkan memandangkan sifatnya yang cepat melekat. Imbas Dr Syaz lagi, kelopak mata kanak-kanak tersebut melekat antara satu sama lain dan disapu dengan gel petroleum khas pada malam tersebut. "Ketika melakukan pemeriksaan, matanya cuba dibuka, bulu mata semua dipotong kerana semuanya melekat antara satu sama lain. Namun, kekuatan gam itu benar-benar terbukti, tiada hasil. "Antara tip hilangkan kesan gam ini pada kulit ialah dengan basuhan air suam dan sabun atau gunakan gel petroleum (seperti Vaseline). Tapi sebab dekat mata, kami gunakan yang khas dibuat untuk mata supaya tidak pedih jika termasuk dalam mata," jelasnya. Menurut Dr Syaz, usaha itu bagaimanapun tidak berkesan sehinggalah kanak-kanak tersebut terpaksa menjalani pemebedahan secara bius penuh pada hari berikutnya. Dalam posting Facebook itu, Dr Syaz turut menitipkan pesan kepada sesiapa sahaja agar berwaspada menggunakan gam berkenaan, khusunya apabila kanak-kanak berada di sekeliling. Sumber: mStar
|
ais_kosong replied at 9-2-2022 01:44 PM
Aku pernah beli gam jenis ni kt diy..
Ya ampun cepat wey hampir melekat jari2 aku.
Mujur cepat cuci ...
doubleharmonic replied at 9-2-2022 12:33 PM
iols gugel gam 3 saat keluar yang macam ni jahh? tapi macam kena tekan2 picit2 bak kata dira abu zah ...
Adrif replied at 9-2-2022 02:19 PM
jari aku pun pernah melekat waktu handle gam jenis ni dulu
sekarang memang aku bila bertukang ...
ADVERTISEMENT