Entah kali berapa teguran terbuka kepada Ustaz Muhaizad dibuat para asatizah kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam dan dianggap menyelewengkan ajaran agama Islam melalui ceramahnya.
Terbaru isu tidak mengikut jejak langkah Nabi Muhammad S.A.W menjadi hangat apabila para asatizah menegur ajaran Ustaz Muhaizad yang salah. Seperti yang didedahkan oleh Ustaz Muhammad Fahmi, beliau mengkritik ilmu agama yang disampaikan Ustaz Muhaizad kepada pengikutnya yang sudah banyak kali tidak berhati-hati apabila berkata-kata.
Isu ini berbangkit apabila Ustaz Muhaizad berkata, "Kalau Rasulullah ikut jalan kanan, tok guru ambo ikut jalan kiri, nescaya ambo akan ikut jalan tok guru ambo daripada jalan Rasulullah." Namun apabila Ustaz Muhaizad ditegur, dia akan menjawab, "Ini bukan ambo kato, ini ulamok kato, ambo naqol jah." "Mengapa saya katakan kenyataan tersebut mengelirukan? Kerana jika ada orang awam yang mendengar kenyataan ini, ia boleh memberi gamabran bahawa tiada masalah jika kita tidak ikut jalan Rasulullah S.A.W, sebaliknya kena ikut jalan tok guru, walaupun menyelisihi jalan Nabi," tegasnya lagi untuk memperjelaskan isu ini. "Alangkah bahaya kenyataan ini. Entah berapa ramai tok guru palsu yang gembira dengan kenyataan ini. Masing-masing ada hujah baharu untuk benarkan kesesatan masing-masing kepada para pengikut mereka," tambahnya lagi. "Apa-apa pun kena ikot tok guru, sekalipun bercanggah dengan jalan Rasulullah," kata Ustaz Muhaizad dalam ceramahnya yang menjadi kontroversi. Ustaz Fahmi juga berharap pihak berkuasa agama mengambil tindakan yang tegas terhadap Ustaz Muhaizad yang sudah berkali-kali menyampaikan ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jammaah. Bila agaknya tindakan akan diambil kepada Ustaz Muhaizad ini? Adakah semua isu masih dalam siasatan? Kita memang berada di akhir zaman maka berhati-hatilah menerima sesuatu ilmu agama yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. - CARI
|
Lavender85 replied at 9-2-2022 01:04 PM
Video potong sekerat2 maka mcm tu la senang2 org difitnah.. semoga ust muhaizad tetap sabar dan taba ...
Lavender85: Video potong sekerat2 maka mcm ...
matbad replied at 9-2-2022 01:26 PM
yaaa dgr dulu dri mula smpai habis apa dia cuba sampai kan. bila potong2 ni mmg laaaa fitnah oii
Lavender85 replied at 9-2-2022 01:04 PM
Video potong sekerat2 maka mcm tu la senang2 org difitnah.. semoga ust muhaizad tetap sabar dan taba ...
matbad replied at 9-2-2022 01:26 PM
yaaa dgr dulu dri mula smpai habis apa dia cuba sampai kan. bila potong2 ni mmg laaaa fitnah oii
cik_sssara replied at 9-2-2022 02:51 PM
I faham apa yang beliau cuba sampaikan. Tapi mungkin contoh tu tak sesuai untuk umum, so sesetengah ...
bangcak replied at 9-2-2022 03:08 PM
so, apa yg uol paham dari ceramah panjangnya?
dgr yg separuh tu mungkin boleh salah anggap.
cik_sssara replied at 9-2-2022 03:15 PM
Refer perenggan ke-3 balasan I tu
Ah_Kwan replied at 9-2-2022 03:38 PM
keh keh keh
sekumpulan kambing sedang berjalan dengan pengembala kambing....
Ah_Kwan replied at 9-2-2022 03:38 PM
keh keh keh
sekumpulan kambing sedang berjalan dengan pengembala kambing....
Jamil_Abu replied at 9-2-2022 03:57 PM
aku faham maksud yg hendak disampaikan oleh Ust. Muhaizad. Cuma bila penyampaian diberikan kepada ...
zidane_ziege replied at 9-2-2022 03:47 PM
gembala kambing syiah mmg mcm tu..dia je maksum..dianje sedap
kambing2 dia semua kena libas badan ...
ADVERTISEMENT