Entah kali berapa teguran terbuka kepada Ustaz Muhaizad dibuat para asatizah kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam dan dianggap menyelewengkan ajaran agama Islam melalui ceramahnya.
Terbaru isu tidak mengikut jejak langkah Nabi Muhammad S.A.W menjadi hangat apabila para asatizah menegur ajaran Ustaz Muhaizad yang salah.
Twitter
Seperti yang didedahkan oleh Ustaz Muhammad Fahmi, beliau mengkritik ilmu agama yang disampaikan Ustaz Muhaizad kepada pengikutnya yang sudah banyak kali tidak berhati-hati apabila berkata-kata.
Isu ini berbangkit apabila Ustaz Muhaizad berkata, "Kalau Rasulullah ikut jalan kanan, tok guru ambo ikut jalan kiri, nescaya ambo akan ikut jalan tok guru ambo daripada jalan Rasulullah."
Namun apabila Ustaz Muhaizad ditegur, dia akan menjawab, "Ini bukan ambo kato, ini ulamok kato, ambo naqol jah."
"Mengapa saya katakan kenyataan tersebut mengelirukan? Kerana jika ada orang awam yang mendengar kenyataan ini, ia boleh memberi gamabran bahawa tiada masalah jika kita tidak ikut jalan Rasulullah S.A.W, sebaliknya kena ikut jalan tok guru, walaupun menyelisihi jalan Nabi," tegasnya lagi untuk memperjelaskan isu ini.
Twitter
"Alangkah bahaya kenyataan ini. Entah berapa ramai tok guru palsu yang gembira dengan kenyataan ini. Masing-masing ada hujah baharu untuk benarkan kesesatan masing-masing kepada para pengikut mereka," tambahnya lagi.
"Apa-apa pun kena ikot tok guru, sekalipun bercanggah dengan jalan Rasulullah," kata Ustaz Muhaizad dalam ceramahnya yang menjadi kontroversi.
Foto: Sumber Internet
Ustaz Fahmi juga berharap pihak berkuasa agama mengambil tindakan yang tegas terhadap Ustaz Muhaizad yang sudah berkali-kali menyampaikan ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jammaah.
Bila agaknya tindakan akan diambil kepada Ustaz Muhaizad ini? Adakah semua isu masih dalam siasatan? Kita memang berada di akhir zaman maka berhati-hatilah menerima sesuatu ilmu agama yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. - CARI
I faham apa yang beliau cuba sampaikan. Tapi mungkin contoh tu tak sesuai untuk umum, so sesetengah orang mungkin salah faham.
Dalam konteks sharing/kuliah/ceramah ni tengok audiens. Tengoklah apa yang disampaikan tu khusus untuk saudara/i pendengar kat situ. So orang awam mungkin dengar pastu buat kesimpulan umum.
Macam contoh last tu, quran vs hadith. Sebab quran & hadis takboleh tafsir direct terus je dari bahasa arab tapi kena faham tafsir/terjemaahan yang sah. Sebab kan setiap ayat tu memang ada cerita/konteks tersendiri yang diwarisi dari agamawan sezaman Rasulullah SAW. So kalau orang taktahu apa2 mesti ingat beliau cakap orang sesat sebab ikut quran & hadis.
Sebaiknya, orang yang share video ni kena explain details. Ataupun memang dah explain tapi ada individu yang cut ambil part tertentu je.
Zaman sekarang ni ramai ahli agama kritik sama sendiri tanpa bincang betul2. Yang tweet ni pun satu, dah tanya sendiri ke dengan penceramah terangkan apa pengisian/konteks ceramah beliau tu? Kalau dah orang agama pun salahkan sama sendiri macam mana pulak orang yang kurang agama macam kita ni, lagilah taktahu mana satu nak ikut.
sekumpulan kambing sedang berjalan dengan pengembala kambing....
dalam kumpulan kambing itu, pengembala telah melantik ketua kambing dan berjalan di belakang pengembala kambing itu tadi...
ketua kambing di lantik, kerana hanya ketua kambing kenal dan faham tuannya...
kambing2 lain, hanya mengikut tanpa kenal dan faham....
sampai di satu simpang...pengembala kambing belok ke kanan..sambil dia menjerit dengan kuat..kita ke kanan .....
tapi dia menjeling ketua kambing tadi, tersenum dan meneruskan perjalanannya ke kanan....
ketua kambing tadi. kenal dan faham akan tuannya itu..dari jelingan tadi dia dah faham arahan ketua itu...
dengan pantas ketua kambing itu membelok ke kiri...dan bergerak secara berlari ke sana...
kambing-kambing di belakangnya mula bingung....
nak ikut ketua kambing ke pengembala kambing..???
yang rasa sama level dan sama bijak dengan ketua kambing, mula argue dan kata..ikut tuan kita lah..tuan kita pergi kanan...
pe kejadahnya ikut ketua bodoh macam tu....tuan dah cakap ikut kanan pun bodoh pergi kiri pulak...bahlul punya ketua...
maka, yang rasa bijak pandai..selevel dengan ketua mereka pun belok ke kanan....untuk bersama dengan pengembala kambing tadi...
tapi masih ada kambing2 yang bodoh...menonong belok kiri, ikut ketua mereka...kerana taat pada ketua yang dilantik oleh pengembala tadi...
sambil kambing yang belok kanan mentertawakan mereka yang bodoh itu....
kambing2 yang ikut kanan akhirnya sampai ke sebuah sungai yang besar..dan pengembala kambing dah duduk dalam perahu yang muat untuk seorang sahaja...
kemudian, pengembala kambing mula mengayuh perahu itu meninggalkan kambing kambing bijak itu melopong di tepi sungai...
kambing2 yang ikut kiri...sampai juga ke sungai itu....
tapi jalan itu ada jambatan kayu yang boeh mereka seberang dengan selamat....
maka menyeberang lah kambing kambing bodoh itu sampai ke seberang sungai...
dan kemudiannya bersatu kembali dengan pengembala kambing tadi di seberang sungai...
sekian lah cerita kambing bodoh dan kambing bijak....
sekumpulan kambing sedang berjalan dengan pengembala kambing....
aku faham maksud yg hendak disampaikan oleh Ust. Muhaizad. Cuma bila penyampaian diberikan kepada mainstream yg mempunyai pelbagai pandangan dan buah fikiran yg sesetengahnya adalah masih basic, kat sinilah bermulanya kecelaruan dalam kesimpulan i.e. tidak sejajar. So timbul la pelbagai andaian dan tohmahan yg membabibuta atas sikap hendak membidas based on kepandaian masing2... my 2 cents
kita sendiri lah yang membawa kemudhoratan itu pada diri kita...
yang Allah izin cerita sudah bercerita...
macam mana cara penyampaian itu tak penting...
yang penting cara penerimaan ..itu sahaja...