CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kisah Cinta Lata Mangeshkar Yang Menyedihkan, Berbeza Kasta Punca Tak Kahwin Seumur Hidup

9-2-2022 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3354| Komen: 13

Dunia hiburan Bollywood terus diselubungi kesedihan selepas pemergian penyanyi bersuara emas, Lata Mangeshkar pada Ahad lalu.

Kematian penyanyi berusia 92 tahun ini merupakan satu kehilangan cukup besar buat industri muzik di India.

Pemergiannya itu dirasai oleh rakan selebriti, pembesar negara dan peminat yang sudah membesar dengan suara nyanyiannya sepanjang hidup mereka.

Add Image Caption Here


Namun cerita yang paling menarik perhatian ramai adalah mengenai kisah peribadi Lata Mangeshkar yang diketahui umum tidak pernah berkahwin.

Menurut laporan Tabloid, Lata pernah melalui perjalanan cinta menyakitkan dengan seorang bangsawan India bernama Raj Singh.

Bermula sebagai sahabat baik, mereka kemudiannya menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Namun impian pasangan ini tidak kesampaian kerana perbezaan kasta.


Foto Lata dan Raj ketika mereka sedang bahagia bercinta

Sumber memberitahu ayah Raj sangat menentang hubungan mereka itu kerana Lata hanya merupakan seorang penyanyi.

Meskipun berat hati dengan keputusan bapanya, Raj terpaksa akur melepaskan cinta hatinya itu.

Kesedihan itu dirasai oleh Lata dan dia reda hubungan mereka tidak berakhir seperti diharapkan.

Lalu mereka berdua bersepakat untuk tidak berkahwin. Raj meninggal dunia pada 12 September 2009 di usia 73 tahun kerana Alzheimer.

Untuk rekod, Lata Mangeshkar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Breach Candy, Mumbai, India akibat Covid-19 pada Ahad lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adila39 9-2-2022 12:20 PM
sedih pulak baca
Quote matbad 9-2-2022 01:19 PM
memang dia ni sorg yg penyayang..mcm mna syg dan hormatnya dia kat seni lagu mcm tu jgk setia cinta pda sang kekasih
Quote nirose 9-2-2022 01:55 PM
Haritu baca kata Lata ni dari kasta Brahmin. Bukan kasta tinggi ke tu? Pstu masa kecik pernah siapa entah bagitau dia memang taknak kawin sebab nak jaga suara, takut nanti suara berubah ke macam mana entah..
Quote airmineral 9-2-2022 08:01 PM
sedap sore dia ni
Quote sambaldurian 9-2-2022 09:23 PM
Single2 dia pun boleh hidup "senang" kt umah sendiri, dgn org gaji. xde la 'term sebatang kara" . ada org yg rmi anak pun, belum tentu x jd sebatang kara waktu tua.
Quote Meiizu 9-2-2022 10:21 PM
India kat msia pun masih jodohkan anak2 utk up status
Quote Meiizu 9-2-2022 10:25 PM
nirose replied at 9-2-2022 01:55 PM
Haritu baca kata Lata ni dari kasta Brahmin. Bukan kasta tinggi ke tu? Pstu masa kecik pernah siapa  ...

Looorrr plot twist
Quote intan244 10-2-2022 01:35 AM
aku pon bakal nasib gini kot. dah plan tua nanti masuk pondok mana2x hbskan usia ibadat insyaallah. tu pon kalau hidup sampai tua lah. instinct mengatakan umur xpanjang. Yg penting moga husnul khotimah kita semua
Quote apedehal 10-2-2022 01:54 AM
intan244 replied at 10-2-2022 01:35 AM
aku pon bakal nasib gini kot. dah plan tua nanti masuk pondok mana2x hbskan usia ibadat insyaallah.  ...

Loh..napa fikir camtu kaka..moga yg baik2 ja utk kaka n kita semua...apapun iols nk aminkn doa kaka tu Aamiin
Quote Artemesiaa 10-2-2022 05:39 PM
Kecewa sampai mati rupanya
Quote midori_katana 14-2-2022 08:05 PM
intan244 replied at 10-2-2022 01:35 AM
aku pon bakal nasib gini kot. dah plan tua nanti masuk pondok mana2x hbskan usia ibadat insyaallah.  ...

Kan! I pun selalu rasa yg sama juga. Harta yg kumpul tak seberapa tu utk anak2 ja lah supaya mereka tak susah.. mudah2han kita ni habis umur dalam iman.
Quote babelina 25-2-2022 12:02 PM
intan244: aku pon bakal nasib gini kot. dah plan tua nanti masuk pondok mana2x hbskan usia ibadat insyaallah. tu pon kalau hidup sampai tua lah. instinct mengat ...


Allah.. aku baru bc.. pape pn aku doakn ko sentiasa sihat,happy2 dan di lapangkn dada.. amin yra..
Quote luluaurora 27-2-2022 01:06 PM
dulu baca dia x kawen sbb nk jaga suara,
xthu pulak psl kisah sedih cinta dia...huhuhuhu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034593 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top