Dunia hiburan Bollywood terus diselubungi kesedihan selepas pemergian penyanyi bersuara emas, Lata Mangeshkar pada Ahad lalu.
Kematian penyanyi berusia 92 tahun ini merupakan satu kehilangan cukup besar buat industri muzik di India.
Pemergiannya itu dirasai oleh rakan selebriti, pembesar negara dan peminat yang sudah membesar dengan suara nyanyiannya sepanjang hidup mereka.
Add Image Caption Here
Namun cerita yang paling menarik perhatian ramai adalah mengenai kisah peribadi Lata Mangeshkar yang diketahui umum tidak pernah berkahwin.
Menurut laporan Tabloid, Lata pernah melalui perjalanan cinta menyakitkan dengan seorang bangsawan India bernama Raj Singh.
Bermula sebagai sahabat baik, mereka kemudiannya menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Namun impian pasangan ini tidak kesampaian kerana perbezaan kasta.
Foto Lata dan Raj ketika mereka sedang bahagia bercinta
Sumber memberitahu ayah Raj sangat menentang hubungan mereka itu kerana Lata hanya merupakan seorang penyanyi.
Meskipun berat hati dengan keputusan bapanya, Raj terpaksa akur melepaskan cinta hatinya itu.
Kesedihan itu dirasai oleh Lata dan dia reda hubungan mereka tidak berakhir seperti diharapkan.
Lalu mereka berdua bersepakat untuk tidak berkahwin. Raj meninggal dunia pada 12 September 2009 di usia 73 tahun kerana Alzheimer.
Untuk rekod, Lata Mangeshkar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Breach Candy, Mumbai, India akibat Covid-19 pada Ahad lalu. -CARI
Sumber: mStar Online |