Twitter sekarang ini hanya menyediakan butang "Like" sahaja untuk pembaca kongsikan rasa suka terhadap sesuatu "Tweet", namun tiada pula butang untuk menunjukkan rasa tidak suka, jadi Twitter sedang menguji butang "Downvote" tidak suka kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Menurut SoyaCincau, ujian ini akan dikembangkan ke web, serta di iOS dan Android. Butang ini tersedia pada "Tweet" di bahagian "Reply", tiada untuk "Tweet" utama, selain itu juga jumlah tidak suka yang diterima oleh sesuatu "Tweet" tidak boleh dilihat oleh orang ramai, hanya pemilik "Tweet" sahaja boleh ketahuinya jumlah tidak suka, ianya sama dengan Youtube yang menyembunyikan jumlah "Dislike" pada setiap video sekarang. Dengan adanya butang "Downvote" ini, ia akan membolehkan anda melihat siapa tidak bersetuju dengan "Tweet" yang dinyatakan. Namun, jika anda berubah fikiran, anda boleh tekan semula untuk batalkannya sama seperti fungsi butang "Like". Adakah anda rasa ini penambahan baik untuk Twitter? -CARI |
ADVERTISEMENT