CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 15 Tahun Tikam Bayi Sendiri Sampai Mati Selepas Beranak

8-2-2022 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6741| Komen: 89

Description: Kemaman – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri di daerah ini, hari ini.
Kemaman – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri di daerah ini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, mayat bayi lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bersama ibunya yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu.

Gambar Hiasan

“Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.


“Sebaik tiba di rumah terbabit, pegawai kesihatan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada bahagian dada dipercayai ditikam dengan objek tajam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Hanyan berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah tersebut sebelum bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, mayat bayi tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 8-2-2022 04:22 PM
Allah..ngerinya dik. Mana hati kau
Quote adeqbun 8-2-2022 04:24 PM
ngeri nye..mgkin die depression kesorgan..meroyan ni real..aku bkn nak bekap budak ni..tp lepas bersalin mmg fragile sgt..byk setan keliling die menghasut..mane la family die,mane la org yg buat die pregnant tu ye..
Quote imanjannah 8-2-2022 04:25 PM
Allah.. berita apa yg aku baca ni
Quote prince_marhaen 8-2-2022 04:28 PM
tangkap sekali jantan sial binatang yang buat dia preggy tu... rela atau tak rela...kasi tangkap je
Quote JunkMail 8-2-2022 04:31 PM
Fuhhhhh another level bethol keganasan kau dek.. sapa rogol kau ni?
Quote umie 8-2-2022 04:33 PM
prince_marhaen replied at 8-2-2022 04:28 PM
tangkap sekali jantan sial binatang yang buat dia preggy tu... rela atau tak rela...kasi tangkap je

Mmg bakal kena tangkap pun sbb budak pompuan ni under age
Quote nora_balqis 8-2-2022 04:35 PM
kesian nya baru umur 15 tahun, mgkin mcm2 dalam fikiran dia masa tue. takut, tertekan, sedih. masih remaja. kesian sangat
Quote ellejo 8-2-2022 04:47 PM
ai rasa dia mental sekejap. sbb dia minta kawan dia pegi report kelahiran. maknanya dia tak sorok kelahiran ala2 dendiam pam baby dalam toilet
Quote 3chanceno 8-2-2022 04:48 PM
Kesian pada ibu muda & baby.. mungkin budak nie bunuh baby untuk tutup keaibannya..mungkin jugak dah bersalin,  baru terpikir camna nak buat dgn baby nie, tu yg bunuh je untuk tutup aib.
Quote Artemesiaa 8-2-2022 05:03 PM
Kerja sia2 bukan boleh selesaikan masaalah malah tambah masaalah, tak pasal2 nak kena hadap tuduhan membunuh
Quote belilies 8-2-2022 05:13 PM
Mcm kes yg kat skolah berasrama di swk last time. Branak kat asrama
Quote annehuda 8-2-2022 05:14 PM
Dia baru 15thn,tak pegi sekolah,bersalin pun sorang-sorang. Mungkin dlm fikiran dia,baby dia pun takde masa depan macam dia
Quote makadek 8-2-2022 05:16 PM
Tekanan ketakutan bingung
Quote any42 8-2-2022 05:31 PM
ape la nsib bdk ni nnti. klau pun tbunuh baby sndri dlm keadaan depressed msti akn asyik tgiang2 dlm kepala tiap masa. hrap ade yg mmbimbing bdk ni
Quote cap_ayam 8-2-2022 05:44 PM
kesian remaja ni.. baby dah meninggal menyesal pun tak boleh nak buat apa. Semoga remaja ni dapat diubati.
Quote borrow 8-2-2022 06:02 PM
Tak semestinya suka sama suka , mebi sheols rape victim. Hilang waras bila nmpk baby tu. Byk kes rogol tp disembunyikan coz malu.
Quote krustykrab 8-2-2022 06:05 PM
Cari empunya sperma dan hukum penjara...biar susah senang bersama2
Quote Doflaminggow 8-2-2022 06:16 PM
She need help.. please
Quote Friska 8-2-2022 06:34 PM
Aduh, tragis buat semua pihak. Sedih banget beritanya

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058494 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top