CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Senang Nak Dapat 6 Ribu View,"-Aishah Terlalu Sedih Muzik Video Dipadam Pihak Tak Bertanggungjawab

8-2-2022 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3040| Komen: 22

Sedih dan geram, itu yang dapat diluahkan penyanyi Datuk Aishah apabila video muzik (MV) lirik lagu Ketentuan Takdir versi karaoke dipadam oleh individu tidak bertanggungjawab.


Biarpun MV tersebut baharu mencecah lebih 6,000 tontonan namun ia merupakan kerja keras Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin dalam promosikan lagu terbaharunya itu.


Foto: IG

"Mungkin bukan satu isu besar untuk segelintir orang tapi saya sangat sedih. Ketentuan Takdir yang kita lancarkan seminggu lalu dan baru saja keluarkan video lirik karaoke belum secara rasmi.

"Jadi kita minta tukar jangan tulis official video, sebab ia lirik saja. Tapi ada seseorang telah memadam keseluruhan video yang sudah cecah lebih 6,000 ribu tontonan.


"Saya tahu kalau nak bandingkan dengan budak baharu, 6,000 tontonan bukan sesuatu yang besar. Tapi berbeza untuk orang macam saya, bekerja keras untuk promosi lagu itu," kata Aishah.



Penyanyi lagu Janji Manismu itu berkongsi perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Peminat serta rakan selebriti simpati dengan Aishah dan mengajak orang ramai menyokong penyanyi itu dengan menonton semula video tersebut.

Usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada Aishah gagal apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.



Sementara itu, bertambah menyedihkan apabila individu tersebut meletakkan video orang lain selepas memadam MV lagu tersebut.

Biarpun terkilan dengan apa yang berlaku, Aishah memohon agar semua peminat dan pengikut di laman sosial menonton semula MV yang baharu.



"Sekarang kita kena mulakan semula. Yang best itu, dia dah padam video saya, kemudian dia letak video orang lain

"Saya tak terkata... saya hanya minta peminat dan pengikut, tolong support artis lama. Kami cuba sedaya upaya untuk bersaing tapi ada orang buat macam ini.

"Saya hanya minta peminat, tolong view balik lagu saya itu. Saya tak mahu bersedih tapi saya sedih sebab dah bekerja keras," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 8-2-2022 03:03 PM
uii beso nya selfie
Quote stinger890 8-2-2022 03:04 PM
@normabaru...masuk




Kahkahkahkahkahkah
Quote mamajawie 8-2-2022 03:36 PM
cikatilia: uii beso nya selfie


org tetua main hp camtu la chuollss..
Quote supernaturalee 8-2-2022 04:14 PM
ketentuan lh tu x lm di youtube


Quote whimsicalmusic 8-2-2022 09:04 PM
Mcm mne blh hilg? Sape remove?
Quote .HannahMontana. 8-2-2022 09:11 PM
Aku terfikir apalah salah Aishah ini

masa dia belajar dulu dikatakan dia pelajar cemerlang juga

masuk bidang nyanyian pun suara dia mmg heaven

kahwin bercerai , suami pertama dia handsome sungguh

kahwin lagi bercerai,

bercerai ,kahwin semula

kahwin lagi ,bercerai lagi

Kesimpulan aku , Aishah ini wanita cerewet dan mulut serupa machine gun , tak menyenangkan suami , tidak mendamaikan...suka tunjuk pandai suka buat pandai...memandai-mandai

benarkah??

agak sahaja lah

yang pernah tidur sebantal dgn dia tahulah dia mcm mana

spesis dia seorang sahaja yg benar betulnya

dia xjaga attitude ,ramai org meluat ,bosan dgn dia

kalau dia tahan dan pandai diplomasi ,dia mmg akan sentiasa jadi nombor 1 di Malaysia sebab suara dia mmg asli sedap...

sayang nya Aishah  yang kita kenali bukan begitu orgnya...

Bila semua ko sahaja yg betul ,maka semua org akan lari

terima kasih.

Quote rosannazmia 8-2-2022 09:43 PM
Lejen acik ni, don't be upset tok aisyah. Kippidap dongivup. Tok tan seronok2 yo ngomen dlm ig psl isu semasa , main golf , dok kat rumah banglo dia tu aman2. Sonok sei nengok nye
Quote samshik 8-2-2022 11:57 PM
Kesimpulan.. Jgn bg veteran men tepon berlebihan... Sbb nnt naik tarap muyan.. Sekian
Quote melinda_kerr 9-2-2022 12:28 AM
Dulu rasa die ni exclusive dan ada kelas tesendiri… sejak die masuk gv dan tepalit kes dato vida tu entahlah dah kurang minat dgn dia..
Quote dekmieDandy 9-2-2022 02:27 PM
.HannahMontana. replied at 8-2-2022 01:11 PM
Aku terfikir apalah salah Aishah ini

masa dia belajar dulu dikatakan dia pelajar cemerlang juga

puas dok cari muka husband pertama, tapi sampai kesudah tak dapat carik

google tak keluar lansung, kena guna dark web kot baru dapat
Quote GegarVaganja 9-2-2022 02:30 PM
Cuba Tok Chah collab dengan Asad Mowtah.
Mungkin video tu xkena remove kot.

Quote addamnor 9-2-2022 02:38 PM
Melodi lagu itu sedap, tetapi suara beliau bertiang kalah berbanding suara dlm lagu camar yang pulang, cinta beralih arah @ pulanglah di aidilfitri. Usia sudah menjadi had kepada kemampuan suara beliau. Pancit sangat suara kau makcik. Nora bagi 3.5 bintang overall utk lagu ketentuan takdir
Quote annehuda 9-2-2022 02:41 PM
pd penyanyi lain aku sarankan cubalah korang upah anak-anak sedara korang ke buat video tiktok pakai lagu korang. kalau catchy insya allah meletup. skrang ni kalau setakat tepek kat youtube dah ramai sangat orang buat dah
Quote bulalof 9-2-2022 02:42 PM
masa dgn fan club and tinggal kat new zealand classy.
Quote eLiaD 9-2-2022 03:46 PM
jumlah netizen yg twu ni propa

RiP
Quote .HannahMontana. 10-2-2022 02:14 PM
dekmieDandy replied at 9-2-2022 02:27 PM
puas dok cari muka husband pertama, tapi sampai kesudah tak dapat carik

google tak keluar lansung ...




Uncle Raheem

org Singapore

tua tua pun handsome kepalang

gadis gadis garit yg  join seminar tahun sudah menggarit gedix gedix biawak nakharommm nak berkepit bergambar dgn uncle Raheem ni


Quote .HannahMontana. 10-2-2022 02:16 PM
aotearoa replied at 9-2-2022 03:38 PM
Aku msh ingat akan kakak kepada aisyah ni. Lecturer BI di Uitm dulu( skrg msh lagi kot). Badan bes ...

Aku benci org garang

Aku suka org yg penyayang

kalau garang , ibu aku jenis garang

spesis sayang anak lelaki sahaja

sekarang anak lelaki kesayangan dia ada di Australia , kucing sekor kena tinggal di sini ...hari-hari dia dukung kucing tu...angau ke apa ??

so,keismpulannya ,,,jangan jadi garang

bair singa saja yang garang
Quote phone_5 10-2-2022 02:35 PM
.HannahMontana. replied at 8-2-2022 09:11 PM
Aku terfikir apalah salah Aishah ini

masa dia belajar dulu dikatakan dia pelajar cemerlang juga

Tapi penyanyi Aishah lar satu satunya artis yang berani bersuara dengan syarikat rakaman yang menindas artis.

kes Saman Aishah Vs EMI (M) Sdn Bhd

Aishah menang kes tu..

kena bersuara beb..kalau tak habis lar artis kena tindas
Quote .HannahMontana. 10-2-2022 02:39 PM
phone_5 replied at 10-2-2022 02:35 PM
Tapi penyanyi Aishah lar satu satunya artis yang berani bersuara dengan syarikat rakaman yang meni ...



ye aku setuju

menjadi  yang dibenci hanya kerana menyatakan yang benar

tp Aishah ini dia ada lagi perangai musibat dia yang xkena pada tempatnya

itu sahaja

part dia berani bersuara tu adalah rangkaian dari perangai musibat dia sendiri

kalau kita suka  suara suarakan semua ,kita sahajalah..semuanya tentang kita sahaja...kena faham rumahtangga mmg xkan bertahan lama

banyak menang  bermakna banyak kalah juga


Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066430 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top