CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Uncle Kentang Positif Covid Tahap Empat, Pesan Jangan Terlalu Berseronok

8-2-2022 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3438| Komen: 28

Kuala Lumpur: "Terima kasih sungguh. Terharu saya. Beribu mesej masuk mendoakan saya sembuh.

"Kini saya tak sempat jawab. Bila sembuh saya akan balas mesej anda. Love all of you".


Begitu kata aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih mesra dipanggil Uncle Kentang yang memaklumkan dia positif Covid-19 tahap empat, malam tadi.

Menerusi catatan di Facebooknya, aktivis berkenaan memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan dan mesej daripada pelbagai pihak yang bertanyakan khabarnya.


Foto: Malay Mail

"Maaf. Telefon saya ditutup selama tujuh hari. Positif Covid tahap 4. Sekarang di Hospital Serdang.


"Pejabat akan ditutup selama empat hari bermula hari ini. Talian hotline ditutup kecuali untuk perkhidmatan ambulans," katanya dalam status berkenaan.

Beliau berkata, perkhidmatan ambulans ditambah kepada dua susulan ramai yang positif wabak itu.

Katanya, bagi yang berdepan masalah Covid-19, boleh menghubungi 012-2423360 manakala untuk perkhidmatan ambulans boleh menghubungi 011-550521488.

"Jaga diri. Jangan terlalu berseronok. Pakai pelitup muka sepanjang masa. Tolonglah," katanya.

Sementara itu pemerhatian Harian Metro di ruangan komen Facebooknya mendapati ramai yang mendoakan aktivis itu segera sembuh.

Ada di antara netizen yang memberi petua untuk dia menggunakan pelbagai herba sekiranya mengalami sesak nafas.

Selain aktif di dalam program kebajikan, Uncle Kentang disenangi pelbagai lapisan rakyat Malaysia kerana pendekatannya yang membantu tidak kira bangsa dan agama sejak beberapa tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 8-2-2022 09:56 AM
alahai.. get well soon uncle..
Quote elzy 8-2-2022 10:24 AM
Get well soon Uncle Kentang..
Quote Samerosie 8-2-2022 10:25 AM
Get Well Soon Uncle Kentang.
Quote Claudia_Lestat 8-2-2022 10:42 AM
get well soon uncle kentang. opisnya x jauh dari rumah I. pernah nampak dia tinggi orangnya.
Quote Firenzza 8-2-2022 10:45 AM
X beksin ke?
Quote talapia 8-2-2022 01:43 PM
uncle kentang kena covid pon masuk hospital serdang aje.. wad 3 pulak tu.. GWS uncle
Quote Decaffeinated 8-2-2022 01:52 PM
makadek replied at 8-2-2022 01:49 PM
Gws yg sorang Lgi tu kan merata doniya yang fana dia pusing Tak lak kena covid kan pelik betul

Yang mana Allah sayang sebenarnya ni?


Quote bulalof 8-2-2022 01:53 PM
kerja amal ni berisiko sebab ke hulu hilir merata tempat jumpa org.

moga cepat sembuh.
Quote Suchi 8-2-2022 01:53 PM
Stage 4 bukan ke kena oksigen ke? Boleh plak uncle update lg fb ke org lain yg update kan?
Quote Artemesiaa 8-2-2022 02:07 PM
Moga cepat sihat
Quote dua_chzy 8-2-2022 02:09 PM
GWS. Speedy recovery. Hopefully everything will be ok.
Quote dua_chzy 8-2-2022 02:10 PM
Suchi replied at 8-2-2022 05:53 AM
Stage 4 bukan ke kena oksigen ke? Boleh plak uncle update lg fb ke org lain yg update kan?


Boleh je meka guna fon. Macam laki akak dulu.
Quote Shazid 8-2-2022 02:13 PM
Semoga cepat sembuh
Quote cutieslilies 8-2-2022 02:15 PM
dia dah vaksin.. maybe kesan covid stage 4 dia kurang dari yang x vaksin lagi....

masih lagi x abis2 nak ulang ayat .. bukan dah vaksin.. eh dah vaksin pun kene...

takde sapa pun kata bila vaksin kalis covid... udah2 laaa...

gws uncle... speedy recovery
Quote Decaffeinated 8-2-2022 02:17 PM
Moga dipermudahkan.



Quote dua_chzy 8-2-2022 02:22 PM
cutieslilies replied at 8-2-2022 06:15 AM
dia dah vaksin.. maybe kesan covid stage 4 dia kurang dari yang x vaksin lagi....

masih lagi x abis ...

takde sapa pun kata bila vaksin kalis covid... udah2 laaa...


Actually, ada. Contoh:

[youtube]AaDFw8r22Us[/youtube]

Di tanah air ini pula, naratif tahun lalu, orang yang dah vaksin tak sampai Tahap 4 n 5 bila kena Covid. Cuma Tahap 1, Tahap 2 jur.

Sebab tu antibek tak habis2 membahan. Pulang paku buah keras kata pepatah Melayu.
Quote cutieslilies 8-2-2022 02:31 PM
Edited by cutieslilies at 8-2-2022 02:41 PM

haiyaaa... itu pasal jgn buat isu kasi bola tanggung.... vaksin ke.. duit kepuk2 ke...hebat mana pun al sunnah ko telan hari2 pun...allah kata kun  fayakun..maka jadilah...

jgn taksub jadi antivaks dan juga provaks.. bersederhanalah..

Quote dua_chzy 8-2-2022 02:36 PM
cutieslilies replied at 8-2-2022 06:31 AM
haiyaaa... itu pasal jgn buat isu kasi bola tanggung.... vaksin ke.. duit kepuk2 ke...hebat mana p ...

Setuju sis.
Quote namieamuro 8-2-2022 02:36 PM
get well soon uncle. yg sorg lagi merata jalan. elok pulak ek

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.754369 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top