Kuala Lumpur: "Terima kasih sungguh. Terharu saya. Beribu mesej masuk mendoakan saya sembuh.
"Kini saya tak sempat jawab. Bila sembuh saya akan balas mesej anda. Love all of you".
Begitu kata aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih mesra dipanggil Uncle Kentang yang memaklumkan dia positif Covid-19 tahap empat, malam tadi.
Menerusi catatan di Facebooknya, aktivis berkenaan memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan dan mesej daripada pelbagai pihak yang bertanyakan khabarnya.
Foto: Malay Mail
"Maaf. Telefon saya ditutup selama tujuh hari. Positif Covid tahap 4. Sekarang di Hospital Serdang.
"ejabat akan ditutup selama empat hari bermula hari ini. Talian hotline ditutup kecuali untuk perkhidmatan ambulans," katanya dalam status berkenaan.
Beliau berkata, perkhidmatan ambulans ditambah kepada dua susulan ramai yang positif wabak itu.
Katanya, bagi yang berdepan masalah Covid-19, boleh menghubungi 012-2423360 manakala untuk perkhidmatan ambulans boleh menghubungi 011-550521488.
"Jaga diri. Jangan terlalu berseronok. Pakai pelitup muka sepanjang masa. Tolonglah," katanya.
Sementara itu pemerhatian Harian Metro di ruangan komen Facebooknya mendapati ramai yang mendoakan aktivis itu segera sembuh.
Ada di antara netizen yang memberi petua untuk dia menggunakan pelbagai herba sekiranya mengalami sesak nafas.
Selain aktif di dalam program kebajikan, Uncle Kentang disenangi pelbagai lapisan rakyat Malaysia kerana pendekatannya yang membantu tidak kira bangsa dan agama sejak beberapa tahun lalu. -CARI
haiyaaa... itu pasal jgn buat isu kasi bola tanggung.... vaksin ke.. duit kepuk2 ke...hebat mana pun al sunnah ko telan hari2 pun...allah kata kun fayakun..maka jadilah...
jgn taksub jadi antivaks dan juga provaks.. bersederhanalah..