|
Pada tanggal 29 Januari yang lalu, selebriti terkenal Malaysia iaitu Noor Neelofa telah selamat melahirkan anak sulungnya yang dinamakan Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris. Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, Neelofa telah berkongsikan pengalaman bersalinnya. Menurutnya, pada awalnya dia seakan-akan tidak percaya kesakitan yang dialaminya itu sebagai contraction iaitu salah satu proses awal kelahiran. Selama ini Neelofa seringkali merasakan sakit senggugut yang teruk setiap kali datangnya haid yang menyebabkan dia tidak mempercayai dia sedang dalam proses melahirkan anak sulungnya. Sumber: Instagram Noor Neelofa Suaminya yang ketika itu pulang dari kerja terus mengajaknya untuk pergi ke hospital. Barulah Neelofa tahu bahawa dia sedang mengalami kontraksi dan terus merekod skali kesakitan untuk rujukan doktor. Tambah Neelofa, dia mengalami kontraksi selama beberapa jam sebelum bersalin. Neefola juga sempat menemani suaminya makan sarapan padahal pada ketika itu sudah hampir 8 jam dia mengalami contraction dan selepas 6 jam kemudian, lahirlah putera kesayangan pasangan itu. Neelofa juga sempat membuat 'appreciation post' untuk suaminya iaitu Muhammad Haris yang merupakan seorang pendakwah bebas. Sumber: Instagram Noor Neelofa "Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamuku @hrisbismail. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi itu antara hari/momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin", tulisnya lagi. Kata Neelofa, dia berada di bilik bersalin sekitar jam 1 pagi 29 Januari. Neelofa juga sempat berfikir adakah dia akan melahirkan anak pada saat itu. Suaminya juga sempat menunaikan solat sambil menunggu ketibaan doktor. Untuk pengetahuan semua, Neelofa dan Haris selamat bernikah pada 27 Mac tahun lalu. Tahniah kepada pasangan ini dan semoga Muhammad Bilal membesar menjadi seorang yang taat kepada agama dan menjadi penyejuk hati kedua orang ibu bapanya. -CARI
|

epal_putih replied at 7-2-2022 11:59 AM
Moga jah beranak lagi tahun depan.. aminnnnn
irvene replied at 7-2-2022 03:54 AM
lepas ni nk kena tulis gosip apa pulak? neelopa pinjam selipar suami sbb tak muat kaki pakai selipar ...
princessmiang replied at 7-2-2022 02:14 PM
pastu gundu macam makcik pakyu



Normabaru replied at 7-2-2022 12:31 PM
Aminnnn...100x kaka amin siap solat hajat utk tohan Loli ni
Oh ye habis merata dia bersayang lovey ...
likilu replied at 7-2-2022 03:03 PM
jah la kot yg akan bagi pressie kat abah bilal, thanks for your cooperation and contribution in ma ...

acepark: rajin nye catit masa contracti ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.303969 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.