CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28988|Reply: 420

"Eh Betul Ke Nak Beranak Ni," Neelofa Kenang Balik Proses Kelahiran Muhammad Bilal

[Copy link]
Post time 7-2-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode

Sumber: Instagram Noor Neelofa





Pada tanggal 29 Januari yang lalu, selebriti terkenal Malaysia iaitu Noor Neelofa telah selamat melahirkan anak sulungnya yang dinamakan Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris.


Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, Neelofa telah  berkongsikan pengalaman bersalinnya. Menurutnya, pada awalnya dia seakan-akan tidak percaya kesakitan yang dialaminya itu sebagai contraction iaitu salah satu proses awal kelahiran.



Sumber: Instagram Noor Neelofa








Selama ini Neelofa seringkali merasakan sakit senggugut yang teruk setiap kali datangnya haid yang menyebabkan dia tidak mempercayai dia sedang dalam proses melahirkan anak sulungnya.



Sumber: Instagram Noor Neelofa








Suaminya yang ketika itu pulang dari kerja terus mengajaknya untuk pergi ke hospital. Barulah Neelofa tahu bahawa dia sedang mengalami kontraksi dan terus merekod skali kesakitan untuk rujukan doktor.


Tambah Neelofa, dia mengalami kontraksi selama beberapa jam sebelum bersalin. Neefola juga sempat menemani suaminya makan sarapan padahal pada ketika itu sudah hampir 8 jam dia mengalami contraction dan selepas 6 jam kemudian, lahirlah putera kesayangan pasangan itu.


Neelofa juga sempat membuat 'appreciation post' untuk suaminya iaitu Muhammad Haris yang merupakan seorang pendakwah bebas.



Sumber: Instagram Noor Neelofa








"Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamuku @hrisbismail. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi itu antara hari/momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin", tulisnya lagi.


Kata Neelofa, dia berada di bilik bersalin sekitar jam 1 pagi 29 Januari. Neelofa juga sempat berfikir adakah dia akan melahirkan anak pada saat itu. Suaminya juga sempat menunaikan solat sambil menunggu ketibaan doktor.


Untuk pengetahuan semua, Neelofa dan Haris selamat bernikah pada 27 Mac tahun lalu.


Tahniah kepada pasangan ini dan semoga Muhammad Bilal membesar menjadi seorang yang taat kepada agama dan menjadi penyejuk hati kedua orang ibu bapanya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni nk kena tulis gosip apa pulak? neelopa pinjam selipar suami sbb tak muat kaki pakai selipar sendiri? masa mengandung, asyik nak tiom tiak suami?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasni, lakinya pulak up cerita.
“Sejak laki mengandung, tak teringin nak tangkap bebird kat bilik air”

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 11:59 AM | Show all posts
Moga jah beranak lagi tahun depan.. aminnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:09 PM | Show all posts
epal_putih replied at 7-2-2022 11:59 AM
Moga jah beranak lagi tahun depan.. aminnnnn

hahaha di doakan semoga niqabis beranak 10 dan makin hilang lenyap dlm industri, sama sama gundu, kepam berjemaah dgn dak piyu.semoga juga dak piyu jadikan niqabis serupa ina naim, duk rumah je jaga anak 10.

ameenn.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:14 PM | Show all posts
pastu gundu macam makcik pakyu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 7-2-2022 03:54 AM
lepas ni nk kena tulis gosip apa pulak? neelopa pinjam selipar suami sbb tak muat kaki pakai selipar ...

Berdekah aku kahkah...
Pakai spentol suami dan kain pelikat..suami pulak pakai kasut tongkol?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dah jd thread lawak wakakakaka. Dia pya la beria cerita detail. Sampai pms pun nak cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aminnnn...100x kaka amin siap solat hajat utk tohan Loli ni

Oh ye habis merata dia bersayang lovey dovey dgn bini tp ayat bini nowhere to be found in love dgn jah kan?!

Pasni sila keluarkan bukti puyu bg push Pressie utk jah ya? Dah lbh sminggu xde apa pon spenderizz bg..kata terpaling..Hahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
princessmiang replied at 7-2-2022 02:14 PM
pastu gundu macam makcik pakyu

Smlm mamatut tunjuk onty pakyu sambung makan colek perut apentah mlm2

Cara mamatut ckp tu..mcm nk kata patutla buruk pakyu ni..nmpk kertu like acik pprt kt pasar khadijah klate jah..sbb makan sume pon xjaga

Pakaian sah2 la mmg so pprt..is the best is the best ntah pape
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
XPAYAH BAZIR THREAD BOLEH X???? Habiskan 1-1 dulu. Dah boleh stop comment kat cni. Haiyoooo
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:40 PM | Show all posts
lagi kesah terrpaling kapel...hari2 ada thread baru..
begitu ke cara muslimah sejati tutup atas bawah, tp tunjuk susu badan yg diperah, bgtau sakit sengggugut..tunjuk tgh bertangas...apebendeeeee lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la yg korang ni bitter sangat. Lahirkan anak pertama, semua pmpuan pn teruja. Excited nak cerita macam2. Ramai kwn2 acik yg siap buat karangan punya panjang mcm novel cerita setiap saat sampai beranak mcmla org nak tau.. Acik tak baca pn tp acik tetap like je. Sbb acik tau semua org overwhelmed dgn moment happy brsalin ank prtama. Bergmbiralah atas kgembiraan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak gaya tak mungkin sederhana ni..siap detail contraction pun keluar
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:53 PM | Show all posts
rajin nye catit masa contraction.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 01:03 PM | Show all posts
Normabaru replied at 7-2-2022 12:31 PM
Aminnnn...100x kaka amin siap solat hajat utk tohan Loli ni

Oh ye habis merata dia bersayang lovey  ...

jah la kot yg akan bagi pressie kat abah bilal, thanks for your cooperation and contribution in making this babyboi
tapi dalam bahasa melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 7-2-2022 03:03 PM
jah la kot yg akan bagi pressie kat abah bilal, thanks for your cooperation and contribution in ma ...

Ehhhh ye tak ye plak.hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
acepark: rajin nye catit masa contracti ...


Haha aku nak bersalin anak nombor 4 pun catit. Guna pensil lagi..Koh3. Sebb nak pastikan betoll2 kontraktion kuat nak panggil doktor.haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
acik2 marhaen pun sama perangai gitu bila dapat anak kat medsos. yg geramnya anak dah 6 7 masih gedik buat gitu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 7-2-2022 01:31 PM
Aminnnn...100x kaka amin siap solat hajat utk tohan Loli ni

Oh ye habis merata dia bersayang lovey  ...

Nanti gift sekali anniversary la kaka
Mesti abahriz bagi set barang kemas serba satu

Kaka boleh buat list panjang lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.116668 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list