|
Dua tahun perkenalan akhirnya penyanyi Usop selamat bernikah kepada pasangan pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim dengan sekali lafaz pada 10 pagi, Jumaat.
Melahirkan rasa syukur, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor berharap dia dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik biarpun usianya masih muda. Penyanyi berusia 24 tahun ini turut berkata dia ingin menjadi seorang suami yang terbaik buat Fatihah, 25. "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini
"Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. "Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.570856 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.