Gara-gara memuat naik status berasa penat apabila sering disamakan dengan individu lain, pelakon Mia Sara menerima kecaman sehingga namanya trending di Twitter.
Menerusi perkongsian Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 16, dia meluahkan rasa pelik apabila netizen sering meletakkan pautan akaunnya pada mana-mana individu yang memakai tudung hitam dan 'eyeliner'(pembayang mata) sama sepertinya. "Kenapa setiap wanita yang memakai tudung hitam dan eyeliner kelihatan seperti saya. Saya penat sering dipautkan (tagged) kepada random girls di Tiktok" tulisnya di Twitter.
Status yang ditulis pada Rabu itu menerima lebih 400 ulang kicau dan 3,000 tanda suka. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan status tersebut dan menganggap pelakon tersebut tidak gemar gayanya ditiru wanita lain. "Mia Sara dikecam warga Twitter kerana menggelarkan dirinya 'trendsetter' namun netizen tidak berpuas hati. "Kalau aku pakai eyeliner dengan tudung hitam muka aku macam Mia Sara ke? "Yang ada TikTok tu kau nak tanya aku nampak macam Mia Sara ke?" antara komen netizen.
|
lyshafull replied at 3-2-2022 06:37 PM
Issue xde bnde tapi smpai trending hmmm
anony-mous replied at 3-2-2022 07:59 PM
Wah dah start cantik semula mcm masa kecik2. I bet she bakalan terbang jua tudung around her age 18- ...
Tembikaigoreng replied at 3-2-2022 09:45 PM
Maybe tak...sbb masa dia so-so pun Ada tawaran suruh dia bukak tudung dia still taknak padahal mac ...
ADVERTISEMENT