CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hak Jagaan Anak, Nafkah- Ramai Bapa Tunggal Hidup Terseksa

3-2-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9359| Komen: 185

Petaling Jaya – Nasib golo­ngan bapa tunggal yang tersisih daripada mendapatkan hak penjagaan anak kini mula mendapat perhatian dengan penubuhan Persatuan Hak Bapa Malaysia (FRAM) sejak Mei tahun lalu.


Pengasas Bersama yang juga Setiausaha FRAM, Sheikh Faleigh Sheikh Mansor berkata, sehingga kini ahlinya telah mencecah lebih daripada 100 orang.

Katanya, antara perkara yang sering dibangkitkan oleh golongan tersebut adalah berkenaan hak penjagaan anak-anak selain pemberian nafkah kepada bekas isteri.


Foto: Kosmo

“Golongan ini sangat tersepit kerana mereka perlu terus me­nunaikan tanggungjawab ke atas anak dan bekas isteri. Bagai­manapun, dalam masa yang sama, mereka hanya diberi masa yang terhad untuk bertemu dengan anak berdasarkan perintah mahkamah.


“Adalah wajar jika keputusan dapat diubah berpandukan keadaan dan situasi terkini bapa itu sendiri,” katanya kepada Kos­mo! di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sheikh Faleigh mencadangkan agar kajian mengenai pindaan akta dan undang-undang berkaitan perkara berkenaan dapat dibuat untuk memberi keadilan sama rata kepada kedua-dua pihak.

“Ini termasuklah hak penja­gaan terus anak kepada ibu sekiranya anak-anak masih di bawah umur tujuh tahun,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persa­tuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, mana-mana akta perundangan boleh diubah atau dipinda mengikut kesesuaian dan situasi semasa yang berlaku.

“Mana-mana bapa yang mera­sakan hak mereka diabaikan atau seperti berat sebelah, boleh memohon perintah di pihak mahkamah bagi memohon peruntukan masa yang lebih lama dan kerap.

“Perintah hak jagaan anak dan hak akses boleh diubah mengikut kesesuaian semasa, usia anak-anak, keadaan serta faktor-faktor lain.

“Bapa juga perlu mengemukakan alasan yang kukuh kenapa ia perlu diubah sebelum melantik peguam Syarie untuk kemukakan tuntutannya,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, adalah lebih baik jika pihak bapa dan ibu kepada anak itu berdamai dan mencari jalan penyelesaian terbaik demi masa hadapan anak-anak itu.

“Buang yang keruh ambil yang jernih, ambil jalan penyelesaian terbaik dalam hak penja­gaan anak, kerana akhirnya yang menjadi mangsa itu sendiri adalah anak yang tersepit,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamichik 3-2-2022 11:34 AM
Ahh bijak.. masa belum berpisah,anak serah bulat2 isteri jaga.. balik rumah minum kopi makan nasi tgk tv main game. tanggungan makan pakai isteri dan anak2, duit belanja rumah share dengan isteri.

bila dah bercerai, kena bayar nafkah jumlah sebenar (yang tak share dgn isteri) barulah masa ni rasa rindu anak, nak ambil berat hal anak2..

ha..pandai sungguh..

bukanlah semuanya macam ni, tapi ramai yg macamni
Quote aqua_marine 3-2-2022 11:42 AM
Ex shuben I terus hilang.. block dua2 whatsapp I.. nafkah anak langsung tak bagi.. but I tak kisah pun sebab i pun tak p tuntut kat court.. nak tuntut hadhanah pun i pikir banyak kali.. ye lah dah hilang gitu kita pun pasrah je la.. kang kalau bawak p court cerita yang takde pun boleh jadi ada.. berbanding dgn duda, nasib janda lagi banyak teraniaya cuma masih banyak yg pilih utk diam drpd bising2..
Quote Decaffeinated 3-2-2022 12:47 PM
apa rasional lepas cerai pun kena tanggung isteri ya?

Quote manjalara_01 3-2-2022 01:38 PM
Edited by manjalara_01 at 3-2-2022 01:40 PM

Kasihannyeeeeee..

Man up ok??!!
Quote honeybee1802 3-2-2022 01:45 PM
Decaffeinated replied at 3-2-2022 12:47 PM
apa rasional lepas cerai pun kena tanggung isteri ya?

Apa plak tanggung isteri...tanggung anak la...
Quote Buritan 3-2-2022 01:49 PM
Decaffeinated: apa rasional lepas cerai pun k ...


Tanggung anak dr hasil air kote tuuu.. koh koh.. minik tuu tak payah tanggung dah..
Quote Buritan 3-2-2022 01:51 PM
aqua_marine replied at 3-2-2022 11:42 AM
Ex shuben I terus hilang.. block dua2 whatsapp I.. nafkah anak langsung tak bagi.. but I tak kisah p ...

Dah tuoo nanti mesti dia cari balik punyalaa.. tup tup anak sis pangkat beso.. lagilaa dia akan cari dan ckp.. come.. im your papa .. aa gitew..
Quote ellejo 3-2-2022 01:53 PM
ok apa. hak jagaan anak berat pada perempuan, hak perceraian pada lelaki.

Quote Orenn1 3-2-2022 01:54 PM
Helloo jantan2 bangsattttt, duitt nafkahh anak pun ramaii yg tak bagiii skrg ni nak play voctimm pulakkk, ramaiii jantans lps ceraii yg lpss tgn teruss psl anak2 tiba2 skrg ni mana dtg play victimmm sampai nak pinda undang2. Yg perempuan selama ni teraniaya dgn undang2 faraid amalan pak arabs itk tindas kaum wanita puak2 jantans hanjenggg ni semua tak pernahh pulakk be gentlemen suarakan hal ni mintak pinda undang2 utk beri keadilan pd pompuan. Bangsattt dorg ni! Phuiiii

Quote TabletSusu 3-2-2022 01:55 PM
sbnrnya nak hak penjagaan anak2 tu.. sbb xnak bayar nafkah.. kan.. kan.. kan.
masa nak cerai tu ko mmg seronok.. x fikir psl nafkah anak2 sbb selama kawen isteri yg tanggung. bila kena cerai, isteri listkan nafkah anak2.. baru ko terlopong
Quote fealefea 3-2-2022 01:55 PM
acah teraniaya ke tu. Allah bg kudrat laki yang lebih dengan hak cerai, hak talak, hak faraid yang lebih kat laki nk buat ape tu?. Bila kawin tanamkan dlm diri yg kau bawa amanah. Ko bukan kawin dgn bibik. Bila srh bayar nafkah anak yang selama ni bini kau tanggung baru nk terasa ke? Selama kau kawin, ade ke guna masa main dengan anak masa isteri kau tengah masak. ehh geram pulaak
Quote Orenn1 3-2-2022 01:59 PM
Mau bagi penamparr seko2 lol selagii blh tindass dorg nak tindasss, ingatt ni zmn batu ke apa. Jaga anak pun tak retiiii acah2 teraniaya mintakk simpati hak itu hak inii padahall mmg jeniss bangsattt sgtt phuiiiii
Quote hareeeesah 3-2-2022 02:02 PM
Dari sebelum kawin sebelum buat anak dah tau tanggungjawab masing ² kan.. cukup baik dah kalau ex wife yg tak claim setiap sen makan minum pakai anak, tolak ansur itu ini.. yihhh
Quote Buritan 3-2-2022 02:04 PM
TabletSusu replied at 3-2-2022 01:55 PM
sbnrnya nak hak penjagaan anak2 tu.. sbb xnak bayar nafkah.. kan.. kan.. kan.
masa nak cerai tu ko m ...

Masa cerai yahoooooo leh kawin lain..
Quote Decaffeinated 3-2-2022 02:05 PM
honeybee1802 replied at 3-2-2022 01:45 PM
Apa plak tanggung isteri...tanggung anak la...
Golongan ini sangat tersepit kerana mereka perlu terus me­nunaikan tanggungjawab ke atas anak dan bekas isteri
ayat ni!

Quote aHoi83 3-2-2022 02:19 PM
Decaffeinated replied at 3-2-2022 02:05 PM
ayat ni!

Tanggung isteri dalam eddah sahaja. Selepas eddah perlu terus menanggung anak
Quote babelina 3-2-2022 02:25 PM
aqua_marine: Ex shuben I terus hilang.. block dua2 whatsapp I.. nafkah anak langsung tak bagi.. but I tak kisah pun sebab i pun tak p tuntut kat court.. nak tuntut ...


moga dpermudahkn segala urusan dan moga dperluaskn lg pintu rezki.. amin yra..
mmg byk kes2 mcm nie.. nk turun naik court pn 1 hal.. last2 jd x kuasa.. baik teruskn hidup..
Quote sarahmirza 3-2-2022 02:26 PM
Decaffeinated replied at 3-2-2022 02:05 PM
ayat ni!

Mungkin penulis maksudkan nafkah isteri selama edah masih lagi tanggungjawab suami.
Lepas tu,  ada je isteri yg tuntut harta sepencarian dan bekas suami terpaksa bayar ansuran.. Ini bkn nafkah tapi hak bekas isteri ke atas harta bersama selama perkahwinan.

Silap penulis la tu...  
Quote Dwdrum 3-2-2022 02:26 PM
Jika sudah ambil tanggungjawab nafkah anak dan bini... Apabila ber cerai tiada issue untuk bayar nafkah anak dan nafkah bini guna untuk mula kan hidup baru... Selalu nya tersepit begini 50/50 sharing budget... Memang sudah diggin own graveyard apabila bercerai... Lelaki better jadi seperti manak sembang kencang di forum reality antertu tiada tanggung nafkah... Kah kah kah..

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.058881 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top