View: 8630|Reply: 184
|
Hak Jagaan Anak, Nafkah- Ramai Bapa Tunggal Hidup Terseksa
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya – Nasib golongan bapa tunggal yang tersisih daripada mendapatkan hak penjagaan anak kini mula mendapat perhatian dengan penubuhan Persatuan Hak Bapa Malaysia (FRAM) sejak Mei tahun lalu.
Pengasas Bersama yang juga Setiausaha FRAM, Sheikh Faleigh Sheikh Mansor berkata, sehingga kini ahlinya telah mencecah lebih daripada 100 orang.
Katanya, antara perkara yang sering dibangkitkan oleh golongan tersebut adalah berkenaan hak penjagaan anak-anak selain pemberian nafkah kepada bekas isteri.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/111703wk12zq7r2kz7tk2k.png) Foto: Kosmo
“Golongan ini sangat tersepit kerana mereka perlu terus menunaikan tanggungjawab ke atas anak dan bekas isteri. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka hanya diberi masa yang terhad untuk bertemu dengan anak berdasarkan perintah mahkamah.
“Adalah wajar jika keputusan dapat diubah berpandukan keadaan dan situasi terkini bapa itu sendiri,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sheikh Faleigh mencadangkan agar kajian mengenai pindaan akta dan undang-undang berkaitan perkara berkenaan dapat dibuat untuk memberi keadilan sama rata kepada kedua-dua pihak.
“Ini termasuklah hak penjagaan terus anak kepada ibu sekiranya anak-anak masih di bawah umur tujuh tahun,” jelasnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, mana-mana akta perundangan boleh diubah atau dipinda mengikut kesesuaian dan situasi semasa yang berlaku.
“Mana-mana bapa yang merasakan hak mereka diabaikan atau seperti berat sebelah, boleh memohon perintah di pihak mahkamah bagi memohon peruntukan masa yang lebih lama dan kerap.
“Perintah hak jagaan anak dan hak akses boleh diubah mengikut kesesuaian semasa, usia anak-anak, keadaan serta faktor-faktor lain.
“Bapa juga perlu mengemukakan alasan yang kukuh kenapa ia perlu diubah sebelum melantik peguam Syarie untuk kemukakan tuntutannya,” katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, adalah lebih baik jika pihak bapa dan ibu kepada anak itu berdamai dan mencari jalan penyelesaian terbaik demi masa hadapan anak-anak itu.
“Buang yang keruh ambil yang jernih, ambil jalan penyelesaian terbaik dalam hak penjagaan anak, kerana akhirnya yang menjadi mangsa itu sendiri adalah anak yang tersepit,” ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ahh bijak.. masa belum berpisah,anak serah bulat2 isteri jaga.. balik rumah minum kopi makan nasi tgk tv main game. tanggungan makan pakai isteri dan anak2, duit belanja rumah share dengan isteri.
bila dah bercerai, kena bayar nafkah jumlah sebenar (yang tak share dgn isteri) barulah masa ni rasa rindu anak, nak ambil berat hal anak2..
ha..pandai sungguh..
bukanlah semuanya macam ni, tapi ramai yg macamni |
|
|
|
|
|
|
|
Ex shuben I terus hilang.. block dua2 whatsapp I.. nafkah anak langsung tak bagi.. but I tak kisah pun sebab i pun tak p tuntut kat court.. nak tuntut hadhanah pun i pikir banyak kali.. ye lah dah hilang gitu kita pun pasrah je la.. kang kalau bawak p court cerita yang takde pun boleh jadi ada.. berbanding dgn duda, nasib janda lagi banyak teraniaya cuma masih banyak yg pilih utk diam drpd bising2.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa rasional lepas cerai pun kena tanggung isteri ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 3-2-2022 01:40 PM
Kasihannyeeeeee..
Man up ok??!! ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-2-2022 12:47 PM
apa rasional lepas cerai pun kena tanggung isteri ya?
Apa plak tanggung isteri...tanggung anak la... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated: apa rasional lepas cerai pun k ...
Tanggung anak dr hasil air kote tuuu.. koh koh.. minik tuu tak payah tanggung dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
aqua_marine replied at 3-2-2022 11:42 AM
Ex shuben I terus hilang.. block dua2 whatsapp I.. nafkah anak langsung tak bagi.. but I tak kisah p ...
Dah tuoo nanti mesti dia cari balik punyalaa.. tup tup anak sis pangkat beso.. lagilaa dia akan cari dan ckp.. come.. im your papa .. aa gitew.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok apa. hak jagaan anak berat pada perempuan, hak perceraian pada lelaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
Helloo jantan2 bangsattttt, duitt nafkahh anak pun ramaii yg tak bagiii skrg ni nak play voctimm pulakkk, ramaiii jantans lps ceraii yg lpss tgn teruss psl anak2 tiba2 skrg ni mana dtg play victimmm sampai nak pinda undang2. Yg perempuan selama ni teraniaya dgn undang2 faraid amalan pak arabs itk tindas kaum wanita puak2 jantans hanjenggg ni semua tak pernahh pulakk be gentlemen suarakan hal ni mintak pinda undang2 utk beri keadilan pd pompuan. Bangsattt dorg ni! Phuiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
sbnrnya nak hak penjagaan anak2 tu.. sbb xnak bayar nafkah.. kan.. kan.. kan.
masa nak cerai tu ko mmg seronok.. x fikir psl nafkah anak2 sbb selama kawen isteri yg tanggung. bila kena cerai, isteri listkan nafkah anak2.. baru ko terlopong |
|
|
|
|
|
|
|
acah teraniaya ke tu. Allah bg kudrat laki yang lebih dengan hak cerai, hak talak, hak faraid yang lebih kat laki nk buat ape tu?. Bila kawin tanamkan dlm diri yg kau bawa amanah. Ko bukan kawin dgn bibik. Bila srh bayar nafkah anak yang selama ni bini kau tanggung baru nk terasa ke? Selama kau kawin, ade ke guna masa main dengan anak masa isteri kau tengah masak. ehh geram pulaak
|
|
|
|
|
|
|
|
Mau bagi penamparr seko2 lol selagii blh tindass dorg nak tindasss, ingatt ni zmn batu ke apa. Jaga anak pun tak retiiii acah2 teraniaya mintakk simpati hak itu hak inii padahall mmg jeniss bangsattt sgtt phuiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari sebelum kawin sebelum buat anak dah tau tanggungjawab masing ² kan.. cukup baik dah kalau ex wife yg tak claim setiap sen makan minum pakai anak, tolak ansur itu ini.. yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 3-2-2022 01:55 PM
sbnrnya nak hak penjagaan anak2 tu.. sbb xnak bayar nafkah.. kan.. kan.. kan.
masa nak cerai tu ko m ...
Masa cerai yahoooooo leh kawin lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan ini sangat tersepit kerana mereka perlu terus menunaikan tanggungjawab ke atas anak dan bekas isteri ayat ni!
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-2-2022 02:05 PM
ayat ni!
Tanggung isteri dalam eddah sahaja. Selepas eddah perlu terus menanggung anak |
|
|
|
|
|
|
|
aqua_marine: Ex shuben I terus hilang.. block dua2 whatsapp I.. nafkah anak langsung tak bagi.. but I tak kisah pun sebab i pun tak p tuntut kat court.. nak tuntut ...
moga dpermudahkn segala urusan dan moga dperluaskn lg pintu rezki.. amin yra..
mmg byk kes2 mcm nie.. nk turun naik court pn 1 hal.. last2 jd x kuasa.. baik teruskn hidup..
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-2-2022 02:05 PM
ayat ni!
Mungkin penulis maksudkan nafkah isteri selama edah masih lagi tanggungjawab suami.
Lepas tu, ada je isteri yg tuntut harta sepencarian dan bekas suami terpaksa bayar ansuran.. Ini bkn nafkah tapi hak bekas isteri ke atas harta bersama selama perkahwinan.
Silap penulis la tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Jika sudah ambil tanggungjawab nafkah anak dan bini... Apabila ber cerai tiada issue untuk bayar nafkah anak dan nafkah bini guna untuk mula kan hidup baru... Selalu nya tersepit begini 50/50 sharing budget... Memang sudah diggin own graveyard apabila bercerai... Lelaki better jadi seperti manak sembang kencang di forum reality antertu tiada tanggung nafkah... Kah kah kah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|