CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Isteri Macam Nora Danish, Mohd Mentor Tak Izin Berlakon Walau Dapat Tawaran

3-2-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11022| Komen: 61

Ramai memuji wajah isteri kepada penyanyi Mohd Mentor iaitu Nurul Asyiqin Zaidi kerana dikatakan seiras pelakon cantik, Nora Danish.

Gara-gara memiliki rupa paras mirip aktres berkenaan, Mohd atau nama sebenar Mohd Izwan Mohd Nor, 34, mendedahkan isterinya itu menerima tawaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi, baru-baru ini.


Foto: IG

"Saya tak pernah sorok isteri, selalu sahaja tunjuk kehidupan kami di Instagram, cuma mungkin follower tak ramai jadi orang tak perasan.

"Bagi yang pernah nampak isteri, selalu la mereka kata begitu (seiras Nora Danish). Sebelum ini pun ada satu produksi terkenal menawarkan peluang berlakon tapi isteri saya sendiri tak berapa minat nak masuk dalam industri ni.


"Sejujurnya saya pun tak berapa nak galakkan sebab nanti dia akan sibuk dan tak ada masa, bimbang anak kami terbiar. Nanti kalau pembantu rumah yang jaga anak pun susah juga," katanya kepada mStar.



Bekas peserta program nyanyian Mentor musim keempat ini ditemui semasa pelancaran restoran miliknya, Nasi Lemak Puakez di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mohd mendirikan rumah tangga dengan Nurul Asyiqin, 29, pada 14 Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohd Izz Rafael Mohd Izwan berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Segala ini berkata dia mengizinkan isterinya terus aktif menerusi media sosial lain seperti Instagram dan TikTok.



"Saya tak ada masalah kalau isteri aktif menggunakan media sosial sebab itu pun satu cabang untuk jana pendapatan melalui reviu produk yang diterima.

"Cuma kalau nak kerja sebagai pelakon atau buat video berlebihan di laman sosial itu tidaklah," ujarnya yang turut memaklumkan isterinya itu mempunyai pekerjaan tetap di sebuah syarikat swasta.

Empat tahun melayari alam perkahwinan, Mohd berkata dia dan isteri kini sudah bersedia untuk menimang anak kedua.



"Saya memang nak anak lagi tapi belum ada rezeki, sedang berusaha lagi ni. Kita tunggu sahajalah.

"Boring juga anak pertama tak ada geng, kami pun sebelum ni dah berbincang tak nak anak terlalu rapat sangat, sekarang ni anak pertama pun dah masuk tiga tahun kiranya okay la tu,” katanya.

Bercakap mengenai pembukaan cawangan kedua Restoran Nasi Lemak Puakez, Mohd memberitahu dia yakin perniagaan makanan masih mendapat sambutan meskipun beberapa sektor terkesan akibat pandemik Covid-19.



"Keberanian itu datang daripada isteri saya. Katanya kami suami isteri sendiri beli makanan menerusi aplikasi penghantaran.

"Kalau tidak boleh makan di premis pun orang tetap boleh membuat pembelian menerusi aplikasi tersebut, jadi dari situlah saya rasa ada keyakinan untuk berniaga dan tidak bimbang," katanya yang sama-sama menjalankan bisnes itu dengan komposer Iswandi.

Untuk rekod, cawangan pertama Nasi Lemak Puakez milik Mohd telah dibuka di Bemban, Melaka sejak 2016. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 3-2-2022 11:13 AM
mata iols nampak mcm maria tunku sabri..tapi versi lebih siap dan muda la
Quote kotakominami 3-2-2022 11:15 AM
Sama tang dahi
Quote xtinkerbellx 3-2-2022 11:16 AM
Maaf tak sama pon
Quote Suchi 3-2-2022 11:17 AM
Tak sama pun, btw mohd pun dah nampak abah2.
Dia masih menyanyi ke rasa cam sendu je igt dah tak jd artis dah.
Quote seri_mawr 3-2-2022 11:19 AM
exclusive_vvip replied at 3-2-2022 11:13 AM
mata iols nampak mcm maria tunku sabri..tapi versi lebih siap dan muda la

kan...

mata iols nmpk maria tunku sabri + intan ladyana version tembam pipi sikit...haaha
gmbar baju hijau buat muka tu iras shiha zikir....huhuu


iras nowa bagi 5 bintang iols x nmpk.....

Quote kucingitam 3-2-2022 11:31 AM
hmm...tang mananya nora danish?
Quote slyfynx 3-2-2022 11:34 AM
Idok le rupe ND pun.
Dahi je same
Quote stania83 3-2-2022 11:38 AM
haah macam nd..
Quote mamajawie 3-2-2022 11:45 AM
adoyai pengotoq nyahhhh sluar kena bekas kencing x habis sibuk nak bertiktok bagai..jijikkssssss
Quote bondeh 3-2-2022 12:06 PM
Cakap jelah kaki filter cam nowa nak nampak pipi blushing bibior mungil choizzzzz
Quote babelina 3-2-2022 12:26 PM
Allah.. perlu ker citer2 mcmnie..
Quote silampumeja 3-2-2022 12:33 PM
Mcm pengasas noir tu je.. kan...
Quote TomyamPuteh 3-2-2022 12:36 PM
Dia ni dulu ada kes rogol tu kan?
Quote SisLena 3-2-2022 12:36 PM
Ya Allah sis ingt nama dia mohd mentor. Bahahaa. Aku terus cam sape marhaen yg masuk gosip retis ni. Who r yus sgt dia ni. Sendunyeh
Quote Miazarra 3-2-2022 12:38 PM
Masa sengih nmpk mcm dayana roza
Quote Redmyvi 3-2-2022 12:40 PM
Suami dia pn aku tk kenal sapa... Cringe tgk video menari tu.. haha
Quote mixed 3-2-2022 12:50 PM
Adoi jauh pemanggang dr api muka can nd
Maria jln2 cari mkn mmg ada seiras
Quote deebiz14 3-2-2022 12:56 PM
Apsal la ko letak nama puaker kat kedai niaga tu.

Nyway, jauh lah nak sruper ND. Harapkan pesen rambut dan posisi mata jarak jauh jer kot.
10 tahun lagi bakalan ruper Maria Tunku Sabri plak.


Quote mizruncing 3-2-2022 12:58 PM
lain dah muka nyaaa. anak didik kak jenna kann

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.095575 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top