CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Victoria Beckham Makan Makanan Sama Setiap Hari Selama 25 Tahun

3-2-2022 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9392| Komen: 64

Los Angeles: Bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham dilaporkan makan hidangan yang sama setiap hari selama 25 tahun.

Portal Independent melaporkan, semasa penampilan di podcast River Cafe Table 4 bersama Ruth Rogers, suami selebriti terkenal itu, David Beckham mendedahkan isterinya hanya akan makan ikan bakar dan sayur-sayuran kukus.


Foto: IG

"Sejak saya bertemu dengannya dia hanya makan ikan bakar, sayur-sayuran kukus, dia akan sangat jarang menyimpang daripada itu," kata Beckham.

Bintang sukan berusia 46 tahun itu mengakui dia menjadi emosional mengenai makanan dan wain serta mahu semua orang di sekelilingnya menikmati juadah yang sama.


Bagaimanapun, Victoria pernah melanggar 'pantang larang' diet biasanya menjadi salah satu malam kegemarannya.


"Satu-satunya masa dia mungkin pernah berkongsi sesuatu yang ada dalam pinggan saya sebenarnya ketika dia mengandungkan Harper dan ia adalah perkara yang paling menakjubkan.

"Ia adalah salah satu malam kegemaran saya. Saya tidak ingat apa itu tetapi saya tahu dia tidak memakannya sejak itu," katanya.




Victoria sebelum ini membincangkan diet ketatnya pada episodpodcast River Cafe Table 4. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote badai 3-2-2022 10:38 AM
wow.. dah jadi local artist.. ????

dah dapat PR kew
Quote mamajawie 3-2-2022 10:38 AM
retis tempatan ke spice girl ni samdol???
Quote exclusive_vvip 3-2-2022 10:45 AM
ikan bakar,steamed veggies..ok la tu..masih makanan berkhasiat..berbaloi la,tgk la badan dia..masa dia pregnant si Harper tu pun badan menten je..acik2 gundu malaysia mesti akan rasa mcm menu Victoria tu mcm bleh buat kebuluran kan..tgk org jaga makan sikit pun dah cakap “buat apa sekat2 makan,makan je selagi x sakit”..pdhal badan memasing termasuk anak dara diorg pun gundu, siap pakej ada kencing manis n darah tinggi,sakit lutut..
Quote manehnya 3-2-2022 10:46 AM
ni baru kata makan untuk hidup, bkn mcm pompuan obes kt mesia ni, apa lg yg boleh telan semua depa telan, cendol cina pun depa tutuh
Quote che-cikL 3-2-2022 10:51 AM
Bolehkah Astro panggil diorang, dh jadi artis tempatan.

#wartawancarikelastersendiridibelakang
Quote Suchi 3-2-2022 10:59 AM
Edited by Suchi at 3-2-2022 11:02 AM

Tak mengejutkan pun malah iols igt dia cuma makan dedaunan je rupanya ada gak amik ikan utk protein.

Sapa2 nak kawen ngn artis hot ka footballer hot kaa inilah antara cabaran korang kena hadap.
Walau duit byk tp tak dapat menikmati makanan sbb nak kena pastikan badan sentiasa selim melim.
Sepanjang hidup insecure jelaaa sementelah laki dia sebenarnya suka je dia menikmati makanan tp kang kalau bini tu jd mengelambir badan ko bg alasan nak cari yg lain.

Jangan menyeksa diri kerana nak impress org laki buatla sbb diri korang sendiri.
Jaga badan sampai kebuluran pun laki tu tetap penuh skandal n kontroversi sana sini.
Quote SecretLuv 3-2-2022 11:13 AM
Dulu dia pernah menderita anorexia kan. Tu sebab terlalu jaga makan. Takut jadi gemuk
Quote my_irina 3-2-2022 11:19 AM
tak muak lak yer...25thn menu sama
respek...in a way nak bitau dia sejenis setia la kan
Quote umbut 3-2-2022 11:23 AM
Yg sulung x hensem cam apak.. Nak kurus kena jaga makan byk bersenam..
Quote mizruncing 3-2-2022 12:37 PM
wahhhh giler arhhh boleh amalkan makan benda sama. meols dlm sebulan nk pantang fast food pn kelaut. nasib masih ideal lagikk
Quote gideoncross 3-2-2022 01:22 PM
Family yg pling x d gemari kat UK. Kat DailyMail smuanya kutukkan je hahahaha.
Quote Reira77 3-2-2022 02:20 PM
Anak dia yg romeo je muka menjadi sikit sbb ikut muka si Posh. Yg lain very the muka omputeh totok
Quote Gianna111 3-2-2022 02:33 PM
Reira77 replied at 3-2-2022 02:20 PM
Anak dia yg romeo je muka menjadi sikit sbb ikut muka si Posh. Yg lain very the muka omputeh totok

british ni jarang la lawa di mata aku.
Quote sarah_ary2 3-2-2022 03:17 PM
gideoncross replied at 3-2-2022 01:22 PM
Family yg pling x d gemari kat UK. Kat DailyMail smuanya kutukkan je hahahaha.

Oh yeke nampak cm popular dan disukai ramai rupanya yg berlaku adalah sebaliknya. Kenapa dorand x disukai?
Quote musangbodoh 3-2-2022 06:28 PM
maintain................
Quote imransulaiman 3-2-2022 08:02 PM
Dah semestinya lah sayur kukus dia tu asparagus brocoli dan ikan bakar pula salmon. Mana mungkin kacang panjang pucuk ubi ikan caru [em:3:]
Quote delia3003 3-2-2022 08:45 PM
Edited by delia3003 at 3-2-2022 08:48 PM
imransulaiman replied at 3-2-2022 08:02 PM
Dah semestinya lah sayur kukus dia tu asparagus brocoli dan ikan bakar pula salmon. Mana mungkin kac ...


Sayur...brussels sprout/asparagus/broccoli
Ikan....salmon/cod

Bosan nye menu, takkan ler takde cheat days langsung, 3-4x sebulan ke? Sian, terpaksa obsess jaga badan sampai kurus kering sbb laki popular dan pernah makan luar (makan hati walaupun takde dalam menu)

Tapi dia pernah struggle dgn anorexia dan bulimia dulu kan

Sekian,
#bukanacikforumobese
Quote gekkou 3-2-2022 08:46 PM
meanwhile footballer malaysia susah nk maintain badan
lagi2 kalau dah bersara
semakin gundu package penyakit 3 serangkai
bini pn sama
tiada istilah hot bila dah menikah
Quote doubleharmonic 3-2-2022 09:27 PM
gambar berpeluk sebelah bendera tu heshe nampak kepit sangat yachh

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058888 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top