|
Niat Datuk Seri Aliff Syukri mahu mengurangkan kontroversi dan menjauhkan diri daripada gimik murahan di media sosial mendapat sokongan isteri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Bersyukur Aliff mula menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik, Shahida, 36, mengakui suaminya kini lebih mendengar nasihat dan terbuka menerima pandangan orang lain. "Sejujurnya saya suka sebab nampak banyak perubahan pada dirinya... dia lebih cool, dengar cakap dan ikut nasihat saya. Kalau dahulu nasihat juga tapi dia tak nak dengar. "Contohnya kita cakap jangan buat lagu tapi dia buat juga. Sekarang ini kalau ada orang suruh komen sesuatu isu di media sosial, saya cakap jangan campur hal orang, dia akan okay.
"Apa yang saya nampak kebelakangan ini dia lebih mendengar cakap dan menerima pendapat kita," katanya kepada mStar.
|





chandrahusin replied at 3-2-2022 02:53 PM
elok la senyap & cool sikit
korang lawa kaya
baru la bejenih sikit
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.156800 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.