CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1822|Reply: 17

Lega Dah Berubah, Shahida Paling Takut Aliff Syukri Suka Komen Dan Masuk Campur Hal Orang!

[Copy link]
Post time 3-2-2022 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Niat Datuk Seri Aliff Syukri mahu mengurangkan kontroversi dan menjauhkan diri daripada gimik murahan di media sosial mendapat sokongan isteri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.


Bersyukur Aliff mula menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik, Shahida, 36, mengakui suaminya kini lebih mendengar nasihat dan terbuka menerima pandangan orang lain.




Foto: IG




"Sejujurnya saya suka sebab nampak banyak perubahan pada dirinya... dia lebih cool, dengar cakap dan ikut nasihat saya. Kalau dahulu nasihat juga tapi dia tak nak dengar.


"Contohnya kita cakap jangan buat lagu tapi dia buat juga. Sekarang ini kalau ada orang suruh komen sesuatu isu di media sosial, saya cakap jangan campur hal orang, dia akan okay.


"Apa yang saya nampak kebelakangan ini dia lebih mendengar cakap dan menerima pendapat kita," katanya kepada mStar.




  



Menerusi laporan mStar pada Ahad lalu, Aliff berazam untuk mengurangkan kontroversi membabitkan dirinya memandangkan anak-anak kini sudah semakin meningkat remaja.


Kata Aliff, dia mula malu dengan anak-anak apabila dikaitkan dengan isu panas, sekaligus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa.


Sementara itu, Shahida memberitahu salah satu nasihat yang diberi kepada suami adalah untuk tidak mengulas sebarang isu membabitkan orang lain di media sosial.




  



"Apabila ada isu membabitkan rakan-rakan atau orang lain, kita tak nak beri komen atau campur hal mereka kerana takut termakan diri.


"Hari ini hari mereka, mungkin esok hari kita. Benda ini berputar, jadi saya rasa cukuplah kita tahu urusan keluarga kita sahaja, sebab kita pun tak tahu hujung pangkal sesuatu isu, bimbang jadi fitnah.


"Hidup kita ni macam roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah, takkan dah jatuh baru nak sedar, jadi lebih baik ambil langkah awal. Kami pun dah nak masuk umur 40 tahun," ujarnya.




  



  



Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 08:59 AM | Show all posts
bagus la kalau camtu...
berapa lama tu boleh bertahan??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 09:05 AM | Show all posts
hopefully la bertahan lame.. heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 09:22 AM | Show all posts
harap bertahan lame..mungkin dia risau kot lepas kejadian dato vida.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok... Wait and see
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa awak? Yeke awak? Tak sedap ke awak?

Tak komen pasal isu org lain tu bagus laa tp dia jenis suka create kontroversi sendiri mcm buat video2 bodo mengundang org maki bagai.
Yelaa semua tu sebahagian drpd marketing kang kalau tak duk diam je lelama sendu org pun makin lupa dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2022 12:48 PM | Show all posts
semoga istiqomah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la gitu. Buat perangai tak senonoh viral2 ni sampai mati anak2, cucu2 ke cicit boleh tgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah...nnti kami tak ada hiburan????
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 02:46 PM | Show all posts
ye ke awak? kenapa awak?

tak pelik nanti laki tak masyuk takpe ke datin? bukan datin pun sama je ke asal boleh masyuk datin layankan je laki memondan sana-sini? datin pun kadang cakap putar gak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 02:53 PM | Show all posts
elok la senyap & cool sikit
korang lawa kaya
baru la bejenih sikit
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 03:43 PM | Show all posts
dia dah senyap ko pulak yang memekak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
okey kite tggu dan lihat
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
baguslah sebab anak2 dah besar kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
takpeeeee ipl berhusnuzonnnn seketika
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Perubahan tahun baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 08:51 AM | Show all posts
chandrahusin replied at 3-2-2022 02:53 PM
elok la senyap & cool sikit
korang lawa kaya
baru la bejenih sikit

shahida tu pakai tdg instant pon lawa..xyah la nak letak2 filler...die originaly dh lawa
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Yg lalu jadikan ikhtibar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.084478 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list