"Mencipta kontroversi itu mudah. Apa saja isu yang timbul, saya akan menyelit dan ulas kerana pengikut saya tinggi. Bukan riak, tetapi itulah hakikatnya.
"Sekarang ini, apabila melihat orang lain tampil dengan gimik mereka, saya katakan pada diri, saya tidak perlukan itu lagi," katanya kepada Harian Metro.
Aliff berharap agar perubahan itu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Dia tidak mahu anak-anaknya membesar dalam keadaan dirinya yang sering menjadi perhatian kerana isu panas.
Timbul rasanya malu apabila anak sulungnya Amar Ahyan, 15, mulai bertanya mengenai videonya yang tular.
"Apabila anak sulung ajukan soalan itu, saya terfikir walaupun kurang kontroversi, tetapi maruah itu lebih penting. Saya mahu menjaga reputasi sebagai suami dan ayah. Saya mahu menjaga rumah tangga ini agar berkekalan. Saya mahu lebih dihormati masyarakat terutama oleh anak-anak dan isteri.
"Usia pun sudah hampir 40 tahun. Tiba masa untuk menjadi usahawan sebenar. Nanti orang kata tua tak sedar diri," katanya. - CARI