Baru-baru ini telah diadakan temubual eksklusif bersama
Tunku Makhota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) di Dubai UAE.
Bual bicara selama satu jam itu membincangkan mengenai kegagalan skuad Harimau
Malaya dalam kejohanan AFF SUZUKI tahun lalu.
Walaubagaimanapun, satu pertanyaan dari Zuhelmi telah dijawab
tegas oleh TMJ tanpa selindung dari fakta. Antara pertanyaan Zulhelmi kepada TMJ
ialah mengenai bekas jurulatih junior Lim Teong Kim. Antara persoalannya adalah
kenapa Tunku tidak mencadangkan Lim Teong Kim kepada FAM tentang keberadaaanya
dalam skuad senior?
“ Dia pernah jadi
jurulatih senior,tidak. Kalau nak letak dia dalam sistem pembangunan boleh, tapi gaji dia berapa? Masa dia nak
bekerja dengan saya, dia nak minta 70,000 hingga 80,000 Euro (RM327,000-RM374,000) sebulan. Lepastu nak bawak dua hingga tiga
orang pembantu jurulatih dia. Saya punya pemain dan gaji ketua jurulatih pun
tak sebanyak tu, bagi saya itu tak munasabah. Kalau betul dia sayang Malaysia, suruhlah dia
buat pembangunan dengan gaji RM 20,000 hingga RM 30,000 sebulan," kata TMJ.