London – Seorang lelaki di Britain bekerja sebagai ‘pakar’ beratur buat golongan kaya yang enggan menunggu dalam barisan apabila mahu membeli-belah barangan berjenama, lapor laman Oddity Central.
Freddie Beckitt, 31, berkata, dia melakukan pekerjaan itu bagi mengisi masa lapang dan menambah wang poket dengan mengenakan caj AS$27 (RM113) sejam. Dia juga meraih pendapatan sehingga AS$215(RM903.50) sehari. Merupakan penduduk asal kota London, Beckitt menganggap tugasan beratur sebagai satu seni dan tidak mempunyai masalah untuk menunggu berjam-jam sekiranya ada yang sanggup membayar perkhidmatannya.
“Sejujurnya saya berharap saya mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan pekerjaan ini agar ia boleh menjadi kerjaya tetap. “Semasa beratur, saya menggunakan masa yang ada untuk memperbaiki penulisan saya sebagai penulis sejarah fiksyen,” katanya. Tambah Beckitt, dia mula terjebak sebagai tukang beratur apabila mencari pekerjaan sambilan dan ada yang menawarkan tugas beratur di laman mencari pekerjaan. “Apabila saya melihat pekerjaan ini, saya rasa ia adalah tugasan paling senang di dunia,” jelasnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
supernaturalee replied at 28-1-2022 04:08 PM
see
beratur pun blh dijadikan kerjaya
don't simply2 nk potong q org
hareeeesah replied at 28-1-2022 04:54 PM
Ni pesen kalau kat petrol station pun sama. Aku rasa dia tak scan atau kereta dia masih kat pump s ...
ADVERTISEMENT