Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menawarkan ganjaran sebanyak AS$1 Juta (RM4.2 juta) kepada mana-mana individu yang boleh memberikan penyelesaian berkesan mengenai isu makanan angkasawan ke Planet Marikh. Menurut Kosmo, NASA memerlukan idea bagaimana untuk memastikan makanan yang dibekalkan menggunakan sumber paling minimum, tahan lama dan menghasilkan najis yang sedikit. Cabaran itu diberi nama "Deep Space Food Challenge" adalah sebahagian daripada persediaan agensi itu dalam misi menakluki Planet Marikh yang akan berlepas dalam pada masa akan datang. Menurut di laman web rasmi NASA bertulis, "Sebagai sebahagian daripada misi menghantar angkasawan ke Marikh, NASA dan Agensi Angkasa Kanada (CSA) memberi tumpuan kepada cara untuk memberikan angkasawan-angkasawan sistem makanan yang berdaya maju untuk semua misi planet bagi jangka masa yang panjang." Fasa satu pertandingan menyaksikan 18 pasukan akan diberikan peruntukan sebanyak AS$450,000 (RM1.9 juta) pada oktober akan datang. Peringkat pertama menyaksikan reka bentuk daripada tumbuh-tumbuhan dan kulat sehinggalah kepada teknologi yang boleh menghasilkan makanan sedia untuk dimakan seperti roti dan serbuk dehidrasi yang berpotensi diproses menjadi makanan. Syarikat BeeHex, mencetak piza 3D di angkasa manakala sebuah syarikat air sedang cuba membuat goncangan protein angkasa dalam usaha memberi protein dan mikron dalam minuman tersebut.
Menurut Pentadbir Bersekutu untuk Direktorat Misi Teknologi Angkasa NASA iaitu Jim Reuter berkata usaha yang sedang dijalankan itu pada masa yang sama, dapat membantu penduduk bumi dengan menawarkan pek makanan tahan lama terutama ketika musim bencana. NASA turut menggesa pasukan baru dan sedia ada untuk memasuki fasa 2 pertandingan itu. -CARI |
ADVERTISEMENT