|
Kilafairy menegaskan tidak pernah menyatakan sedang menunggu lamaran kekasih hati, Sa’aid Umar Aiman seperti didakwa sesetengah pihak.
Katanya, soal untuk menuju ke fasa perkahwinan belum pernah didedahkan kepada umum, namun hubungan antara mereka masih berjalan seperti sedia kala. “Saya tak pernah cakap sedang tunggu lamaran teman lelaki. Tapi apa yang boleh saya maklumkan, kami masih pasangan kekasih,” katanya ketika sesi sidang media virtual drama bersiri Tumpang Lalu Bang, hari ini. Pemilik nama sebenar Syakila Nisa Jahangir, 29, itu berkata demikian mengulas gosip mengenai lamaran susulan paparan di sebuah program hiburan yang bertanyakan cincin di jari manisnya, baru-baru ini.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.067928 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.