Disebabkan terlalu ikutkan hati mahu berpoligami, seorang lelaki sanggup menipu dengan memalsukan kematian isterinya tetapi kantoi di tangan pihak polis. Itu yang dilakukan oleh lelaki berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Suraji dari Bali, Indonesia namun isterinya, Diah Suartini kemudian tampil hadir ke pejabat agama untuk memaklumkan bahawa perkahwinan mereka masih sah.
Menurut laporan dari Sindonews, Diah telah pergi ke pejabat tersebut tetapi diberitahu bahawa Suraji mengaku telah berkahwin lain dengan seorang wanita bernama Hernanik. "Saya pergi ke pejabat agama kerana pelik bagaimana suami boleh berkahwin lain kerana saya tidak ada memberi keizinan." Ketika itulah dia diberitahu oleh pihak pejabat agama bahawa rupa-rupanya namanya telah ditulis sebagai ‘meninggal dunia’. Lagi memburukkan keadaan, Diah berkata kebajikannya dan anak-anak juga sering terabai sejak Suraji berkahwin lain. "Saya sakit hati. Sampai hatinya menipu semua orang dengan mengatakan saya sudah meninggal dunia sejak 2016 demi berkahwin baru.” kata Diah. Diah dan Suraji berkahwin pada 1 Ogos 1989 dan sudah bersama selama 33 tahun. Sumber: Google Image Susulan daripada tindakannya itu, Suraji telah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Negeri Denpasar dan rakan subahatnya, Abdul Munir pula dikenakan penjara enam bulan. Moga-moga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah ini bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. -CARI |
ADVERTISEMENT