|
Aidil Aziz mengakui kehadiran Fasha Sandha dalam hidupnya menjadi sumber inspirasi untuk berubah sebagai insan yang lebih baik.
Katanya, keperibadian, sikap menepati masa dan mudah bergaul dengan semua orang terutama sepanjang bekerja di set penggambaran turut memberi kesan dalam rutin hariannya. “Isteri saya memang seorang anak seni yang sangat komited dan berdisiplin sejak dulu lagi hingga secara tidak langsung saya pun terikut amalan positifnya. “Bagi saya disiplin adalah perkara pertama yang kena dijaga kerana dari situ produksi dan pelakon lain tahu kita serius dalam bekerja sekali gus tidak mungkin mahu menyusahkan orang lain,” katanya pada sesi sidang media drama bersiri Tumpang Lalu Bang.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.630546 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.