CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Yang Mula Berhijab Sebab Minat Pada Tudung Fazura

28-1-2022 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2132| Komen: 7

Description: Nur Fazura memberitahu dia membuat keputusan berhijrah ke imej muslimah selepas beberapa tahun bertudung setiap kali bulan Ramadan.
Nur Fazura memberitahu dia membuat keputusan berhijrah ke imej muslimah selepas beberapa tahun bertudung setiap kali bulan Ramadan.

Berkongsi perkara itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin berkata keputusan berhijab itu bukan disebabkan bimbang dengan persepsi orang terhadap dirinya.

Foto: IG

"Saya tak boleh menipu pada diri sendiri. Saya bukan bertudung hanya kerana takut apa persepsi orang pada saya.

"Sehingga kini, saya masih lagi berdoa agar mudah-mudahan apa yang dilakukan hanya kerana Allah SWT dan terus istiqamah dalam segala perkara," katanya. 

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin ini melahirkan rasa syukur dengan penerimaan pelanggan terhadap tudung jenamanya.



"Alhamdulillah... saya bersyukur kerana menerima maklum balas positif daripada pembeli.

“Malah, ada yang berhijab mula dengan minat pada tudung jenama keluaran saya. Syukur dengan perkongsian itu, kita saling menyokong satu sama lain ke arah kebaikan," ujarnya.

Bercakap tentang kerjaya seninya, Fazura mengakui kini dia lebih memberi fokus kepada perniagaan berbanding kerjayanya sebagai pelakon dan juga penyanyi.



Namun, ia bukan bermaksud dia mahu melupakan kedua-dua bidang berkenaan dan bersedia untuk menerima tawaran yang diberikan kepadanya jika bersesuaian.

"Memang ada skrip dan tawaran untuk saya. Tapi saya perlu sesuaikan denga jadual harian sebagai ibu kerana tidak mahu meninggalkan anak terlalu lama.


"Hendak berlakon saya tidak ada masalah kalau skrip dan waktu penggambaran dapat diserasikan. Tapi buat masa sekarang saya gembira berlakon untuk kempen tudung saya sahaja," katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 28-1-2022 12:18 PM


toksahlah melebeh-lebeh

Quote Perawankota 28-1-2022 09:00 PM
Emma maembong relax jer bawak anak n maid dtg set..
Quote nakkomenjugak 28-1-2022 09:08 PM
Dah tu kalau bukak, sape lak influence nya?
Quote makcun14 28-1-2022 09:36 PM
Perawankota replied at 28-1-2022 09:00 PM
Emma maembong relax jer bawak anak n maid dtg set..

Fatimah rohani tu degil. Bila anak kena covid tau pulak rasa sebak seorang ibu.
Quote iolss 30-1-2022 11:45 AM
mnjg i nak beli yg i bekenan je, trs sold out.. mcm sambal KA lak.
sdhnye i beli kt sopee jela  
Quote apedehal 30-1-2022 11:56 AM
Baguslah..bisnes ja la kak pajura oi...dah bertudung tudung ni pelik plak kalau blakon menyanyi..biar selari dgn tuntutan agama tu kalau betul tu niat u masa ambil keputusn nk bertudung dlu
Quote ashilalat 30-1-2022 08:44 PM
Adoi..dah jadi yg terpaling pulak ke skrg fakezura?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057672 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top