CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Artis Hina Ke? Sampai Saya Tak Boleh Kahwin Dengan Artis"

28-1-2022 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4136| Komen: 34

Pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 25 tahun, pelakon dan pengacara Zizan Razak menganggap belum diberi rezeki untuk berumah tangga.

Zizan atau nama sebenarnya Muhd Razizan Abdul Razak, 37, bagaimanapun reda dan bersyukur dikurniakan rezeki lain dari segi kerjaya dan perniagaan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun ini reda dengan takdir Allah yang memberi rezeki lain dari segi kerjaya dan perniagaannya terlebih dahulu.

Foto: IG

"Saya tak pernah kongsikan sebelum ini... ikutkan sasaran saya nak kahwin masa umur 25 tahun. Saya cuba dan pernah nak kahwin, tapi tak menjadi.


"Bagi saya, itu kerja Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya terima saja. Takkan saya nak salahkan takdir.

"Saya fikir kalau Allah tak beri rezeki jodoh, Allah beri rezeki lain. Tak ada sebab untuk saya rasa tidak bersyukur," katanya kepada mStar.



Zizan ditemui ketika majlis pelancaran telefilem Rompak di The Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain Zizan, telefilem yang bakal menjalani penggambaran pada Februari itu turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, MK K-Clique dan Chubb E.

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, pelakon filem Abang Long Fadil ini mengakui dia menyerahkan soal jodoh kepada ibunya, Anai Ibrahim.


Bagaimanapun, Zizan meluahkan rasa kesal dengan segelintir peminat yang menasihatinya agar tidak memilih wanita dalam kalangan selebriti.

"Saya betul-betul serahkan soal jodoh kepada ibu. Kalau ibu kata wanita itu okay dan saya tengok dan rasa okay, kita kahwin.



"Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu, ada yang kata jangan cari artis... kenapa artis hina ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis.

"Artis pun manusia juga... seteruk mana pun orang itu, kita tak tahu pengakhirannya macam mana. Jangan tegur orang seperti kita tak buat dosa," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 28-1-2022 09:44 AM
Hang lelaki lah Jijang....wat lek wat pis sudah...kawin lambat pun x de org nk ngata..
Umo 40 pun still boleh kawin ank dara...just follow the flow jah
Jodoh ni Allah yg tentukan...sama macam ajal dan rezeki anak
Quote slyfynx 28-1-2022 09:50 AM
Sorang tegur jangan kawin retis, terus nk sentap mcm satu dunia yang nasihat.
Maybe yang tegur tu nk suh fikir pasal future, or maybe nk suruh ade kelainan dalam hidup.
Tibe terus nk cakap pasal dosa pahala pulak.
Relax bro. Jadah mende cmtu pun nk sentap
Quote babelina 28-1-2022 10:03 AM
dulu2 zizan nie hot juga.. culture shock.. berbagai2 angkara dia buat..cuma masa tu socmed nie x byk sgt.. selamat la..
pape pn moga dikurniakn jodoh x lama lg..
Quote Hypothetically 28-1-2022 10:46 AM
Masalahnya artis wanita yg ada rupa dan gaya, many of them ada taste yg sangat tinggi jugak atau jadi rebutan golongan vvip. Mampu ke ko bersaing kalau jenis ko jenis artis wanita yg mcm gini.
Quote dejure 28-1-2022 10:50 AM
babelina replied at 28-1-2022 10:03 AM
dulu2 zizan nie hot juga.. culture shock.. berbagai2 angkara dia buat..cuma masa tu socmed nie x byk ...

Hot ke,gelinya.mcm perogol aje.klu nenas tu hotlh juga sblm berjambang ni.zizan muka mcm nepal adalah
Quote ibu_haritz 28-1-2022 10:57 AM
dejure replied at 28-1-2022 10:50 AM
Hot ke,gelinya.mcm perogol aje.klu nenas tu hotlh juga sblm berjambang ni.zizan muka mcm nepal ada ...

jangan uolsss..nnti dia ckp pulak hina ke muka mcm nepal?????
Quote babelina 28-1-2022 11:02 AM
dejure replied at 28-1-2022 10:50 AM
Hot ke,gelinya.mcm perogol aje.klu nenas tu hotlh juga sblm berjambang ni.zizan muka mcm nepal ada ...

hot bkn hot elokkk.. tp hot citer pns.. ngn DA,JE and ada juga org biasa tp cantik..
klau dh EM pn camtu perangai.. agk masa couple ngn dia cmana.. hehehe..
Quote Pak.dolla 28-1-2022 11:05 AM
Masalah problem tul ha3..
Masalahnya dia ni nak yg lawa2 je..moga sedar diri..
Quote makcun14 28-1-2022 11:30 AM
apa apa je la zizan. ex dah bahagia,  dia masih bagi statement tak berapa bijak gini
Quote Suchi 28-1-2022 11:39 AM
Lavender_Violet replied at 28-1-2022 09:44 AM
Hang lelaki lah Jijang....wat lek wat pis sudah...kawin lambat pun x de org nk ngata..
Umo 40 pun st ...

Apa plak org tak kata ramai je akan syak tak lurus dan sbgnya bila lelaki yg berkemampuan blm kawen2 lagi.

Baik lelaki dan pompuan dedua takkan terlepas kena tanya soklan ni.
Mcm adik ipar iols dh bujang terlajak gak iols plak rasa kesian dan menyampah bila asal nampak muka dia mesti org duk tanya bila nk kawen.
Mesti dia naik menyampah juga dgn soklan tu.
Quote bottombikini 28-1-2022 11:45 AM
Suchi replied at 28-1-2022 11:39 AM
Apa plak org tak kata ramai je akan syak tak lurus dan sbgnya bila lelaki yg berkemampuan blm kawe ...

sepatutnya dah tak perlu tanya
khuens..

Quote mendeluk 28-1-2022 11:53 AM
babelina replied at 28-1-2022 10:03 AM
dulu2 zizan nie hot juga.. culture shock.. berbagai2 angkara dia buat..cuma masa tu socmed nie x byk ...

Hot ke? Geliii je aku tengok. Naik taraf hidup pun sebab jadi pelawak. Gaya naik taraf tapi xhabis skolah. Satu benda aku tak kenan dengan Zizan ini sebab suka sibuk hal tepi kain orang mcm nak selit pulak. So ew
Quote babelina 28-1-2022 12:05 PM
mendeluk replied at 28-1-2022 11:53 AM
Hot ke? Geliii je aku tengok. Naik taraf hidup pun sebab jadi pelawak. Gaya naik taraf tapi xhabis ...

hahaha.. aku ptt btl kn ayt aku.. hot bkn hot elokkk.. tp hot cter pnas..
Quote akuMNdia 28-1-2022 12:08 PM
Pak.dolla replied at 28-1-2022 11:05 AM
Masalah problem tul ha3..
Masalahnya dia ni nak yg lawa2 je..moga sedar diri..

biasalah tu...dia antara ramai manusia yg amalkan pepatah dari mata turun ke hati...
so cantik tu wajib...perangai belakang kira..


Quote Suchi 28-1-2022 12:11 PM
bottombikini replied at 28-1-2022 11:45 AM
sepatutnya dah tak perlu tanya
khuens..

Tahnya iols bleh rasa mesti dia akan rasa annoying giler walaupun biasanya dia mcm ok je layan jela sedara mara duk usik dia.

Padahal byk je lg menda boleh jd modal nk bersembang.
Iols mmg tak minat nak tanya pasal jodoh dan anak ngan org.
Sbb tu hal peribadi, biasa kalau jumpa sedara mara iols suka dengor dorang bercerita je pasal kucing, hobi ke apa hahah pasal isu2 yg melanda kt kg ke apa.
Quote epullipan 28-1-2022 12:17 PM
ko kawin la ngn daiyan trisha tu jijang,lately tgk mcm gatal da tayang kaki bagai...taktik pancing anak datuk ngn kerabat kot
Quote mendeluk 28-1-2022 12:20 PM
epullipan replied at 28-1-2022 12:17 PM
ko kawin la ngn daiyan trisha tu jijang,lately tgk mcm gatal da tayang kaki bagai...taktik pancing a ...

Daiyan itu try hard sangat! Tapi pelik lah asal socialite kawan dengan dia, comments? Tiber
Quote cheezel 28-1-2022 12:21 PM
Edited by cheezel at 28-1-2022 12:22 PM

Mmg hina pun. Time tgh masyuk xnk simpan duit. Bila dah tua sibuk nk mintak sumbangan
Quote exclusive_vvip 28-1-2022 12:24 PM
Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu, ada yang kata jangan cari artis... kenapa artis hina ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis.

lawak pulak ayat dia yg ni..tang “sampai saya  tak boleh kahwin dengan artis”..mcm dia kategori mulia pulak

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.110251 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top