Seekor angsa duduk di landasan kereta api bawah tanah di London, England yang enggan berganjak selama lebih satu jam menyebabkan berlakunya kelewatan dan pembatalan perjalanan.
Menurut Suara Merdeka, kejadian ini berlaku di stesen South Acton. The London Underground berkata kereta api tidak dapat melakukan perjalanan Wilesden Junction dan Richmond semasa kejadian itu, perjalanan 13 kereta api sama ada dibatalkan atau dialihkan dan pada waktu yang sama, pekerja cuba menarik angsa itu keluar dari landasan.
Angsa itu akhirnya berdiri dan pekerja mengheret angsa ke pintu masuk stesen Kingswood Road, di mana penyelamat dan petugas Perlindungan Hidupan Liar London mengambilnya. Menurut wakil Perlindungan Hidupan Liar London, angsa itu sangat keliru sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan, apabila mereka mengukur beratnya mereka dapati angsa itu kurang berat badan, jadi dia mungkin tidak ada kekuatan untuk terbang.
Angsa itu dikatakan bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan mengelak rel eletrik, ujar wakil Perlindungan Hidupan Liar London. Angsa tersebut dilepaskan pada keesokan hari selepas dipelihara semalaman. -CARI |
Artemesiaa replied at 27-1-2022 06:22 PM
Nasib diselamatkan yang perihatin kalau kat tempat lain silap2 dah kena gulai
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 06:23 PM
Ada ke orang yang makan angsa?
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 06:23 PM
Ada ke orang yang makan angsa?
Artemesiaa replied at 27-1-2022 06:26 PM
Ada je tapi tak ramai
dua_chzy replied at 27-1-2022 06:27 PM
Ada. Masa kecik2 aku pernah makan. Sedap ja. Mak kasik masak merah tapi kalau di Malaya, masak mer ...
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 06:23 PM
Ada ke orang yang makan angsa?
FOTHER-MUCKER replied at 27-1-2022 08:31 PM
Di Malaysia swan juga dipanggil angsa dan goose juga dipanggil angsa.
dua_chzy replied at 27-1-2022 04:49 AM
Yang saya pernah makan itu, goose. Swan tak pernah lagi.
FOTHER-MUCKER replied at 27-1-2022 09:02 PM
Itik angsa semua tu saya belum pernah makan.
Ada sekali tu kita orang pergi ke chinese restaurant ...
ADVERTISEMENT