CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pian Cecupak Pergi Dalam Keadaan Qiam Tangan Macam Tengah Solat, Menghadap Kiblat

27-1-2022 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3917| Komen: 16

Dia pergi dalam keadaan bersih dan menghadap kiblat, demikian keadaan Allahyarham Mohd Rafik Abdul Rahman atau Pian Cecupak ketika ditemukan terbaring dalam keadaan kaku di bilik air di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.


Menurut adiknya iaitu Hasenah, dia bersyukur apabila arwah tidak mengalami kecederaan akibat serangan jantung secara tiba-tiba di dalam bilik air sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8 malam, Rabu.


Foto: Utusan

"Kedudukan dia cantik, dia duduk (terbaring) menghadap kiblat dalam keadaan tangan dia dan siap macam ni (qiam), kaki dia dah julur.

"Saya tak terkilan... tak la terhantuk ke apa ke. Dia pergi dalam keadaan bersih sangat," katanya kepada mStar.

Hasenah ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada majlis pengebumian arwah abangnya pada pagi Khamis.

Pian yang aktif sebagai pelawak dan pengacara meninggal dunia pada usia 52 tahun.

Difahamkan arwah mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan.


Foto: mStar Online

Dalam pada itu Hasenah berkata arwah abangnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang mencurigakan melainkan dia begitu bersemangat untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran ibu mereka yang ke-74 pada 18 Januari lalu.

"Arwah beria nak buat majlis hari ulang tahun kelahiran mak. Sebelum ni tak pernah sambut pun, ni la pertama kali kami buat.

"Dia nak sangat adik-beradik, anak, cucu semua berkumpul masa tu. Tapi pada hari sambutan tu keriangan dia dak tiada.

"Dia hanya diam... ajak bergambar pun dah tak ceria. Dia hanya nampak cool, dah tak nampak lawak dia," katanya.
Suasana di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda

Untuk rekod pada 2018, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 pagi akibat sesak nafas.

Ketika itu, doktor mengesahkan Pian mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Susulan itu dia perlu membuat rawatan angiogram dengan kos perubatannya mencecah puluhan ribuan ringgit.

Bakat Allahyarham Pian dicungkil menerusi program realiti popular, Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada era 1990-an, sebelum menyertai kumpulan Cecupak. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 27-1-2022 03:15 PM
Salam tkziah buat semua ahli keluarga arwah
Quote h0lysh1t 27-1-2022 03:26 PM
Innalillahi wainna iliahi rojioun alfatehah Semoga Allah swt luaskan kuburnya seluas mata memandang Dan masuk syurga tanpa sebarang hisab
Quote acepark 27-1-2022 03:27 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote kambinggila 27-1-2022 03:32 PM
salam takziah buat keluarga arwah.. alfatihah..
Quote babelina 27-1-2022 03:50 PM
moga roh arwah pian dicucuri rahmat dan di tempatkn dikalangan org2 yg beriman..amin yra
Quote emera 27-1-2022 03:58 PM
Innalillahiwainnailaihirojiuun
Quote melinda_kerr 27-1-2022 04:01 PM
Al Fatihah.... tula kan..pengakhiran seseorang kita tak tahu mcmana.
Quote Thunderclouds 27-1-2022 04:29 PM
Innalillahiwainna ilaihiroji'un. Takziah.
Quote gfjunki 27-1-2022 04:38 PM
Salam takziah buat ahli keluarga
Quote TabletSusu 27-1-2022 05:00 PM
Innalillahi wainnailaihirojiuun. Salaam takziah buat keluarga
Quote hasniey 27-1-2022 05:21 PM
Edited by hasniey at 27-1-2022 05:25 PM

Salam takziah.Innalillahiwainnailaihirojiuun
Quote TeropongThaico 27-1-2022 07:01 PM
Innalillahiwainailahirojiun...
Moga ditempatkan dikalangan yg bertakwa
Quote Nurul_007 27-1-2022 07:06 PM
Salam takziah dlm hidup kita ni pengakhiran tu yg penting
Quote spankee_fili 27-1-2022 07:09 PM
Innalillah, semoga tenang di sana dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman
Quote schabella 27-1-2022 07:27 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Salam takziah
Quote jas7512 27-1-2022 07:50 PM
Semoga Tuhan ampunkan dosa2nya dan menempatkan bersama org soleh ..teringat arwah ismail din yg meninggal kat mekah dan mmg org puji dia walau kdg2 berlakon watak jahat dan org tua miang...al fatihah utk both arwah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.196842 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top