CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hairul Azreen Mantapkan Bahasa Inggeris, Nak Berlakon Di Luar Negara

27-1-2022 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3476| Komen: 34

Description: Hairul Azreen, 33, tidak pernah berhenti memperbaiki segala aspek diri termasuk penguasaan bahasa Inggeris sebagai persediaan menerima tawaran berlakon di peringkat antarabangsa.
Hairul Azreen, 33, tidak pernah berhenti memperbaiki segala aspek diri termasuk penguasaan bahasa Inggeris sebagai persediaan menerima tawaran berlakon di peringkat antarabangsa.


Hairul turut mengupah seorang guru bahasa Inggeris untuk mengajarnya dalam misi meningkatkan lagi keyakinan berkomunikasi dalam bahasa itu.


"Setiap perkara yang kita lakukan kena perbaiki daripada kesilapan. Misalnya dalam filem-filem yang dilakukan pun, saya sentiasa perbaiki dari segi lakonan.

"Kalau kata nak ke luar, Insya-Allah ada beberapa tawaran yang belum rasmi dan belum boleh kongsi. Baru tahun lalu, saya ada ambil guru bahasa Inggeris.

"Saya juga ada ke London baru-baru ini dan berjumpa kawan-kawan antarabangsa yang tak cakap Melayu. Pengalaman dan perkara yang kurang pada saya, saya perbaiki," katanya.


Foto: IG

Rancak mempromosi filem The Assistant arahan Adrian Teh yang akan ditayangkan 24 Mac ini, Hairul cukup teruja dapat membintangi filem hebat berkenaan.

Suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu turut mendedahkan sewaktu penggambaran, dia terbawa-bawa roh wataknya Feroz sehingga ke luar set.


"Tak pernah berlaku selama ini, watak Feroz itu 'ikut' saya balik. Ada satu hari saya kena lari ke sebuah penggambaran TV komersial, saya berdialog seperti Feroz dan mencarut tanpa disedari.

"Ia juga terbawa-bawa hingga ke rumah hingga isteri terpaksa ingatkan saya bukan lagi berada di lokasi penggambaran," katanya.- CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 27-1-2022 09:28 PM
sendunya takda orang komen lagi
Quote slyfynx 27-1-2022 09:34 PM
X paham aku spesis mcm
Meh amik gmbr nmpk pusat, and eh, aku nk pos gmbr tp tutup pusat.
Quote Perawankota 28-1-2022 04:35 AM
Anak2 dia mmg speaking kann
Quote makton 28-1-2022 08:26 AM
dia ni budak kelas belakang ke masa skola dulu?
Quote eely_shana 28-1-2022 08:54 AM
Semoga berjaya
Quote stingereez 28-1-2022 08:55 AM
Ct caras bila lagi?
Quote doubleharmonic 28-1-2022 08:57 AM
bamjad apa cer bila nak keluar ellen dah nak habis januari dah?
Quote dejure 28-1-2022 10:53 AM
Artis2 korea banyak aje x pandai ckp english boleh juga berjaya satu dunia..jd bahasa bukan ukuran kalau nk berjaya.
Quote puanbintang 28-1-2022 11:06 AM
dia ni jenis yang rajin berusaha walaupun ada kadang2 macam annoying tapi nampak jugaklah dia berusaha majukan diri dia...Semoga berjaya.
Quote Mary_jane 28-1-2022 11:21 AM
mencarut tanpa disedari


Kena rasuk watak pun boleh.
Quote mawarkhayalan99 28-1-2022 12:10 PM
nape tak suruh binik terpaling ko tu je yg mengajorrrr
Quote anony-mous 28-1-2022 12:39 PM
puanbintang replied at 28-1-2022 11:06 AM
dia ni jenis yang rajin berusaha walaupun ada kadang2 macam annoying tapi nampak jugaklah dia berusa ...

Sama mcm i nk komen. Annoying childish tp bagus la sentiasa ada rasa nk belajar. Lepas ni mungkin boleh belajar cara tutup mulut , classy & x annoying
Quote ezacbee 28-1-2022 01:02 PM
Dah lancar BI baru laa ko heboh. Ni blum apa2 dah kecoh nanti tah ke mana BI ko. Mcm2 alasan keluar kang.
Quote husie91 28-1-2022 01:31 PM
As if kt situ kat tempat dia bergambar tu tkde org ehh haha
Quote AshkieLa 28-1-2022 02:27 PM
dah fluent baru laa sembang...
time tu baru laa citer selama ni ko amik kelas...
ini belum ape2 dah kecoh...
serupa begum marvel tu jugak...
Quote acepark 28-1-2022 02:30 PM
semoga impianmu tercapai
Quote prizadane 28-1-2022 02:48 PM
last few days baru keluar thread pasal dia bangga menang fear factor. ni pasal nak improve english pulak.

okay..apa apa je la kekrul
Quote buapakperut 28-1-2022 03:31 PM
dejure replied at 28-1-2022 02:53 AM
Artis2 korea banyak aje x pandai ckp english boleh juga berjaya satu dunia..jd bahasa bukan ukuran k ...

Huhu tu sebab aura dorang kan. Retis cam hairul ni kat mesia pun orang tak pandang, tergehehgeheh nk belajar bi pun holiwood tak pandang.
Quote uori 28-1-2022 03:52 PM
bukan tahun lepas pun ada cakap benda yang sama ke?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.147927 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top