Di Bratislava, Slovakia, Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia telah mengeluarkan sijil kelayakan udara kepada model kereta terbang, AirCar sekali gus menjadi langkah pertama ke arah pengeluaran komersial ciptaan kereta itu. Petikan dari Sinar Harian, Stefan Klein iaitu Pengasas dan Ketua Eksekutif Klein Vision berkata, "pensijilan AirCar membuka pintu untuk pengeluaran besar-besaran kereta terbang yang sangat cekap dan ia adalah pengesah rasmi dan muktamad tentang keupayaan kami untuk menukar perjalanan jarak pertengahan selama-lamanya." AirCar sudah menyelesaikan penerbangan antara bandar pertamanya pada Jun tahun lalu, kenderaan itu menggunakan enjin BMW 1.6 liter dan memerlukan landasan hanya sepanjang 300 meter (m) untuk berlepas. Kereta terbang itu mempunyai kelajuan penerbangan sehingga 170 kilometer sejam (km/j) dalam jarak 1,000 kilometer (km), walau bagaimanapun, jurucakap Klein Vision memberitahu CNN lesen juruterbang diperlukan untuk menerbangkan kenderaan hibrid itu. -CARI |
miznora replied at 27-1-2022 05:46 PM
Akhirnya.. Merasa la kita esok2 naik kete terbang
miznora replied at 27-1-2022 05:46 PM
Akhirnya.. Merasa la kita esok2 naik kete terbang
dua_chzy replied at 27-1-2022 06:38 PM
Zaman 90an dulu jika cikgu suruh lukis suasana di tahun 2020, ai musti lukis kereta terbang pehtu ...
umbut replied at 27-1-2022 06:22 PM
Dulu atok nak buat keta terbang korang bising..atok sentiasa berpandangan jauh kehadapan tau.
ADVERTISEMENT