|
Zizan Razak menafikan perjumpaannya bersama Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini adalah bersifat politik.
Menurut Zizan, perjumpaan tersebut langsung tiada kena mengena dengan sebarang agenda politik sebaliknya mereka membicarakan mengenai situasi semasa dan hala tuju industri seni tanah air. “Saya memang respek dan kagumi apa yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa. Beliau datang berjumpa saya untuk bertanya tentang situasi keseluruhan industri seni kita ketika ini. “Saya pun telah kongsikan segalanya kepada beliau. Sama ada daripada aspek prosedur kerja, masa kerja, bayaran artis, tugas-tugas wartawan dan banyak lagi.
“Saya juga ada berbincang mengenai isu royalti. Royalti ini biasanya hanya melibatkan para penyanyi tetapi untuk para pelakon mungkin kurang diperkatakan. “Bila filem-filem kami ditayangkan di pawagam, kami dapat hasilnya tapi bila di tv, perkara sama tidak berlaku,” katanya kepada MH.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063375 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.